Jom bergembira dan memeriahkan K-Performance Show 2019 pada 27-28 Julai ini!

Annyeong Chinguya,

Korang yang minat segala macam hiburan dari Korea, apa kata sertai K-Performance Show 2019 yang dianjurkan oleh KTO Malaysia pada 27-28 Julai bertempat di KLCC Plenary Hall.

Ada diantara kita semua belum lagi berpeluang menjejakkan kaki ke Korea, dan K-Performance Show ini akan membawa korang merasai pengembaraan ke negara tersebut. Korea Selatan yang boleh diibaratkan sebagai kampung halaman kedua kebanyakkan rakyat Malaysia seringkali mencetuskan fenomena kegilaan kepada masyarakat dunia dari muzik K-Pop, siaran K-drama yang tidak henti sehinggalah kepada makanan tradisi Korea yang memikat selera ramai.

https://www.instagram.com/p/BzeshqRgN6_/?igshid=1frs75ylk62b3

Untuk itu, KTO Malaysia akan membawakan empat penghibur popular di Korea untuk membuat persembahan hebat mereka di KLCC Plenary Hall nanti.

K-Performance Show ini akan beri peluang kepada semua untuk mengenali mereka yang cukup berbakat besar dan turut menyumbang dalam industri hiburan Korea. Jika selama ini kita disogokkan dengan hiburan K-Pop, mereka juga tidak kurang hebatnya dengan memberikan persembahan ‘live’ yang cukup mantap kepada para penonton.

Seperti kebanyakan yang belum pernah ke Korea, pendedahan itu terutama melalui kegilaan untuk K-Pop yang popular di dunia; senarai drama dan filem K-drama yang tidak pernah berakhir dan masakan Korea yang lazat. Kali ini Pertubuhan Pelancongan Korea telah mengaturkan 4 pemain terbaik dari Korea untuk melawat Malaysia dan membuat mereka mempamerkan perbuatan kecil mereka.

Persembahan mereka pastinya penuh gelak tawa, penuh aksi menarik dan pastinya dapat menghiburkan penonton disemua lapisan umur. Antara mereka yang akan buat persembahan adalah The PaintersSachoom X EDMJumpT-Birds dan Vixx Leo. Adalah satu kerugian, kalau korang terlepas peluang ini untuk saksikan persembahan hebat mereka.

The Painters

https://www.instagram.com/p/BzwpwDHg2xF/?igshid=oa9ciiw1qjrp

Sachoom X EDM
JUMP

The JUMP Show has a message for you guys! Check it out!The K-Performance Show 2019 is happening on 27 – 28 July at…

Posted by Korea Tourism Organization Malaysia on Monday, July 8, 2019

T-Birds
ViXX Leo

K-Performance Show yang bakal diadakan pada 27-28 Julai ini akan dibuat secara dua sessi setiap hari iaitu sessi pagi dan petang. Event ini terbuka kepada ramai dan korang perlu ‘sign up’ untuk dapatkan pass percuma. Dua sesi yang dinyatakan adalah seperti di bawah.

Macam mana nak ‘sign up’? Mudah saja. Korang cuma perlu klik link di bawah ini sahaja. Tapi, jangan terlambat, kerana pass-pass percuma ini laris bak goreng pisang.

Ada 1 lagi berita baik. Korang yang hadir pada hari kejadian, KTO Malaysia turut menganjurkan pertandingan bergambar dengan hadian menarik berupa Samsung A30 and Samsung A50. Jadi, korang bergambarlah dengan gembira sebanyak mungkin dan kongsikan gambar-gambar tersebut di Instagram korang. Jangan lupa tag kawan-kawan korang dan pastikan korang gunapakai hashtag berikut :

#KTOMalaysia#Iwant2winSamsungA30 dan #Iwant2winSamsungA50.

So, jumpa korang semua di sana!

 

loading...