13 drama Korea terbaru akan bersiaran sepanjang Disember ini sekaligus menutup tirai Kdrama 2021

Annyeong, chinguyaa~~ Eh, dah masuk bulan Disember dan semakin menghampiri tahun baru, 2022. How time flies so fask kan! As usual,  tayangan drama Korea tetap diteruskan untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, ada 13 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Disember dan juga menjadi drama penutup untuk tayangan 2021 ini. So, let’s check it out the list.

1. User Not Found (KOK TV YouTube)

  • Tarikh Tayangan: 3 Disember 2021
  • Waktu Siaran : Setiap Jumaat dan Sabtu
  • Penyiar: KOK TV YouTube
  • Barisan Pelakon: Bae Jin Young (CIX), Shin So Hyun, Han Ye Ji, Ahn Se Min, Lee Seung Gyu

“User Not Found” mengisahkan dua pelajar perempuan sekolah menengah yang mempunyai nama yang sama. Mereka berdua baru sahaja bertukar ke sekolah baru pada masa yang sama. Lebih-lebih lagi, mereka membuat rancangan rahsia untuk menukar identiti mereka, dengan harapan dapat mengubah hidup mereka.

2. Our Beloved Summber (SBS)

  • Tarikh Tayangan: 6 Disember 2021
  • Waktu Siaran : 
  • Penyiar: SBS
  • Barisan Pelakon: Choi Woo Shik, Kim Da Mi, Kim Sung Chul, Roh Jeong Eui

Drama ini bertemakan komedi romantik yang menceritakan tentang perasaan rumit dua bekas kekasih yang berpisah dan membenci antara satu sama lain. Namun disuatu ketika, filem dokumentari yang mereka rakamkan ketika di sekolah menengah sepuluh tahun lalu tiba-tiba menjadi popular. Dan, akibatnya, kedua-duanya secara tidak sengaja muncul di hadapan kamera sekali lagi.

3. Artificial City (JTBC)

  • Tarikh Tayangan: 8 Disember 2021
  • Waktu Siaran: Setiap Rabu dan Khamis
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Soo Ae, Kim Kang Woo, Kim Mi Sook, Lee Hak Joo

Drama thriller misteri ini berlatarkan muzium seni milik Sung Jin Group, sebuah konglomerat utama yang memegang tampuk bidang politik dan kewangan Korea Selatan. Drama ini mengisahkan tentang kerakusan dan cita-cita wanita yang berusaha untuk mencapai kedudukan tertinggi negara.

“Artificial City” turut menggambarkan orang yang mempunyai karakter dan personaliti yang berbeza, serta hubungan kompleks antara mereka. Ia juga akan menyingkap mereka yang cuba menyembunyikan sisi gelap masing-masing dengan mengorbankan orang lain apabila perasaan tamak dan gila kuasa menguasai segalanya.

4. Taejong Yi Bang Won (KBS)

  • Tarikh Tayangan: 11 Disember 2021
  • Waktu Siaran: 
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Joo Sang Wook, Kim Yeong Cheol, Park Jin Hee, Ye Ji Won

Drama ini menggambarkan peristiwa yang membawa kepada kejatuhan Dinasti Goryeo dan penubuhan Dinasti Joseon. Raja Taejong, yang nama sebenarnya Li Bang Won, membantu bapanya menggulingkan Dinasti Goryeo dan menubuhkan Dinasti Joseon.

5. Uncle (TV Chosun)

  • Tarikh Tayangan: 11 Disember 2021
  • Waktu Siaran:
  • Penyiar: TV Chosun
  • Barisan Pelakon: Oh Jung Se, Lee Kyung Hoon, Jeon Hye Jin, Park Sun Young

Drama ini adalah adaptasi dari siri drama popular UK tayangan BBC dengan tajuk yang sama. Ia berkisarkan tentang seorang pemuzik yang tidak popular dan hidupnya telah mencapai titik terendah. Dia kemudian memutuskan hubungan dengan kakaknya. Tetapi kemudian, anak lelaki kakaknya, yang menghidap OCD, tiba-tiba muncul di hadapannya dan akhirnya mengambil keputusan untuk menjaga anak buahnya.

6. Bad and Crazy (tvN)

    • Tarikh Tayangan: 17 Disember 2021
    • Waktu Siaran: Setiap Ahad dan Isnin
    • Penyiar:  iQIYI
    • Barisan Pelakon: Lee Dong Wook, Han Ji Eun, Wi Ha Joon, Cha Hak Yeon

“Bad and Crazy” ialah drama ‘redemption’ baharu tentang peristiwa yang berlaku apabila dua hero yang berbeza personaliti disatukan. Lee Dong Wook akan berperanan sebagai “lelaki jahat” Ryu Soo Yeol yang berkebolehan, manakala Wi Ha Joon akan berlakon sebagai “lelaki gila” K, yang sangat mementingkan keadilan.

7. Bulgasal : Immortal Souls (tvN)

  • Tarikh Tayangan  : 18 Disember 2021
  • Waktu Siaran: 
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Jin Wook, Lee Joon, Kwon Na Ra, Gong Seung Yoon

“Bulgasal” ialah drama fantasi baharu yang dibintangi oleh Lee Jin Wook sebagai Dan Hwal, seorang bulgasal (makhluk mitos yang tidak boleh mati atau tua) yang pernah menjadi manusia berabad-abad yang lalu. Kwon Nara akan berperanan sebagai Min Sang Woon, seorang wanita yang berulang kali dijelmakan semula semasa melarikan diri dari bulgasal, tetapi mengingati semua kehidupan lampaunya.

8. Snowdrop (JTBC)

  • Tarikh Tayangan: Disember 2021
  • Waktu Siaran: 
  • Penyiar: Disney + hotstar
  • Barisan Pelakon: Jung Hae In, Kim Ji Soo, Jang Seung Jo, Yoon Se Ah

“Snowdrop” berlaku di Seoul pada tahun 1987 ketika Korea Selatan ditadbir oleh kerajaan diktator. Drama ini mengisahkan kisah cinta antara Su Ho (Jung Hae In), seorang pelajar di universiti berprestij yang bergegas ke sebuah universiti wanita dalam berlumuran darah pada suatu hari, dan Young Ro (Jisoo BLACKPINK) , pelajar universiti wanita yang menemuinya dan membantu menyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan bahaya di bawah pengawasan rapi.

9. When Flowers Bloom, I Think Of The Moon / Moonlight (KBS)

  • Tarikh Tayangan: 20 Disember 2021
  • Waktu Siaran:Setiap Selasa dan Rabu
  • Penyiar: Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Yoo Seung Ho, Lee Hyeri, Byeon Woo, Kang Mi Na

“When Flowers Bloom, I Think of the Moon” ialah drama berlatarkan era Joseon, semasa undang-undang larangan berada pada tahap paling kukuh. Siri ini akan menceritakan kisah cinta Kang Ro Seo, seorang bangsawan yang mula membuat alkohol secara haram untuk menyara keluarganya (lakonan Hyeri), dan inspektor terhebat Joseon, Nam Young, yang terkenal kerana menjalani kehidupan yang sangat berprinsip (lakonan Yoo Seung Ho).

10. Only One Person (JTBC)

  • Tarikh Tayangan: 20 Disember 2021
  • Waktu Siaran: Setiap Isnin dan Selasa
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Kim Kyung Nam, Ahn Eun Jin, Joy, Kang Ye Won

“Only One Person” adalah sebuah melodrama yang bercerita tentang tiga wanita yang berdepan penyakit kritikal dan bertemu di rumah sakit. Mereka bertiga kemudian terjerat dalam satu kes pembunuhan yang tidak terduga dan memulakan perjalanan ajaib mereka untuk berjuang melawan ‘one person” yang jahat sebelum mereka mati.

11. The Silent Sea (Netflix)

  • Tarikh Tayangan:  24 Disember 2021
  • Waktu Siaran:
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Gong Yoo, Bae Doo Na, Lee Joon, Heo Sung Tae

“The Silent Sea” ialah adaptasi daripada filem pendek 2014 The Sea of Tranquility oleh Choi Hang-yong. Drama ini berlatarkan era pasca apokaliptik iaitu Bumi pada tahun 2075, yang telah terbiar dan dikeringkan sumber semula jadinya. Pasukan khas ditugaskan dengan misi rahsia di stesen penyelidikan terbiar di bulan, yang dirujuk sebagai “The Silent Sea.”

Bae Doona sebagai Song Ji Ahn, seorang ahli biologi angkasa; Gong Yoo sebagai Han Yoon Jae, ketua pasukan; Lee Joon sebagai Ryu Tae Seok, seorang jurutera kanan; Kim Sun Young sebagai Hong Ga Young, doktor pasukan; Lee Moo Saeng sebagai Gong Soo Hyuk, ketua keselamatan; dan Lee Sung Wook sebagai Kim Sun, juruterbang kapal angkasa.

12. Tracer (Wavve)

  • Tarikh Tayangan:  Disember 2021
  • Waktu Siaran:
  • Penyiar: Wavve
  • Barisan Pelakon: Im Si Wan, Go Ah Sung, Son Hyun Joo, Park Yong Woo

“Tracer” ialah sebuah drama yang berlatarkan Perkhidmatan Cukai Negara. Im Siwan akan berperanan sebagai Hwang Dong Joo, pengurus pasukan baharu Biro Penyiasatan Pejabat Wilayah Seoul, manakala Go Ah Sung akan berperanan sebagai Seo Hye Young, rakan sepasukan di Pejabat Wilayah Seoul yang tidak gentar menghadapi ketuanya. Son Hyun Joo akan memainkan watak In Tae Joon, pesuruhjaya Pejabat Wilayah Seoul yang bermimpi akan terjadi sesuatu yang lebih besar, dan Park Yong Woo akan memainkan watak Oh Young, seorang pengurus pejabat yang gila kerja.

Drama ini diramal penuh misteri kerana mengisahkan isu yang sering berlaku di pejabat perkhidmatan cukai. Beberapa isu ini adalah rasuah, pengubahan wang haram, dan lain-lain.

13. Fly High Butterfly (JTBC)

  • Tarikh Tayangan:  Disember 2021
  • Waktu Siaran:
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Choi Daniel, Kim Hyang Gi, Oh Yoon Ah, Shim Eun Woo

“Fly High, Butterfly” mengikuti kisah mereka yang bekerja di salun rambut baharu, Fly High Butterfly. Drama ini berkisar tentang bagaimana orang cuba mencintai diri mereka sendiri dengan cara tersendiri, termasuk mengubah gaya rambut mereka.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

Apapun, jaga diri,please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing, and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. 

loading...