Nikmati 8 drama Korea terbaru untuk tontonan anda sepanjang Oktober ini

Annyeong, chinguyaa~~ Eh, dah masuk bulan Oktober. As usual,  tayangan drama Korea tetap diteruskan untuk hiburan serta tontonan korang.

Well, ada 8 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang September ini. So, let’s check it out the list.

1. The All-round Wife (KBS) [Drama Harian]

  • Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2021
  • Waktu Siaran : Isnin-Jumaat 7.50 PM MYT
  • Penyiar: KBS World TV Astro Ch 392 & Astro Go
  • Barisan Pelakon: Han Da Gam, Shim Ji Ho, Han Sang Jin

“The All-round Wife” menceritakan mengenai seorang wanita bernama Seo Cho Hee (Han Da Gam), yang bekerja sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat periklanan selama 12 tahun.

Dia dan suaminya Kang Nam Goo (Han Sang Jin), berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka dengan membeli sebuah rumah di Gangnam. Lama-kelamaan, mereka mulai menyedari bahawa kebahagiaan sebenarnya datang dari ahli keluarganya dan bukan dari sebuah rumah baru.

2. The King’s Affection (KBS)

  • Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2021
  • Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 10.30 PM MYT
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Park Eun-Bin, Rowoon

Drama “The King’s Affection” ini berlatarkan era dinasti Joseon. Ia menceritakan saat di mana anak kembar dianggap sebagai pertanda buruk. Isteri Putera Mahkota telah melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Berikutan itu, Puteri Mahkota diperintahkan untuk membunuh puterinya, namun diam-diam puteri kembar itu dikirim keluar dari istana.

Beberapa tahun kemudian, putera kembarnya Lee Hwi meninggal kerana sakit. Ibunya memutuskan untuk membawa puterinya kembali ke istana dan membesarkannya sebagai putera mahkota. Meskipun menjauhkan diri dari semua orang, Lee Hwi (lakonan Park Eun Bin) mula menyukai gurunya Jung Ji Woon (lakonan Rowoon) yang berasal dari keluarga bangsawan.

“The King’s Affection” dijadualkan untuk tayangan setiap Senin dan Selasa dirangkaian KBS2. Penonton juga dapat  menonton “The King’s Affection” menerusi medium Netflix.

3. Reflection of You (JTBC)

  • Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2021
  • Waktu Siaran: Rabu & Khamis 23.30 MYT
  • Penyiar: JTBC & Netflix
  • Barisan Pelakon: Go Hyun-Jung, Shin Hyun-Bin

“Reflection of You” adalah diadaptasi dari novel yang berkisarkan kisah Jeong Hee Joo (Go Hyun Jung) yang berdepan dengan situasi sukar di usia muda.

Pada masa mudanya, Hee Joo dibesarkan dalam keluarga miskin. Sungguhpun begitu, dia membesar dengan baik serta menjadi pelukis dan penulis esei yang berjaya. Walaupun berjaya dalam kehidupan keluarga dan kerja, Hee Joo merasakan waktunya dihabiskan dengan tidak bermakna, sehingga dia bertemu dengan Hae Won (Shin Hyun Bin)

Hae Won juga seperti dirinya pada suatu ketika dahulu, seorang yang miskin namun, dia kelihatgan menikmati dengan baik kehidupannya.

4. My Name (Netflix)

  • Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2021
  • Waktu Siaran: Jumaat
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Han So-Hee, Ahn Bo Hyun, Park Hee Soon

“My Name” adalah drama bertemakan bertema thriller dan aksi yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang ingin membalas dendam atas kematian ayahnya.

Yoon Ji Woo kemudian menyertai geng Dongcheonpa yang diketuai oleh rakan ayahnya Choi Moo Jin (Park Hee Soon). Dia juga menyelinap ke jabatan polis dan ditugaskan ke unit penyiasatan dadah dengan Jeon Pil Do (Ahn Bo Hyun).

5. Work Later, Drink Now (TVING)

    • Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2021
    • Waktu Siaran:
    • Penyiar: TVING
    • Barisan Pelakon: Choi Siwon, Eunji Apink, Han Sun Hwa, Lee Sun Bin

Drama ini berkisarkan tentang kisah tiga wanita bujang yang berumur 30-an. Mereka adalah penulis Ahn So Hee (Lee Sun Bin), pengajar yoga, Han Ji Yeon (Han Sun Hwa), dan YouTuber Kang Ji Gu (Eunji Apink). Mereka sering minum bersama selepas bekerja. Ketiga-tiga mereka berkawan dengan Kang Buk Gu (Choi Si Won), penerbit rancangan rancangan stesen TV. Kang Buk Gu juga sering menyertai mereka bertiga.

6. Jirisan (tvN)

  • Tarikh Tayangan (tvN Asia) : 24 Oktober 2021
  • Waktu Siaran: Ahad & Isnin, 9.15 PM
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch 395, Unifi TV & iQiyi

*Strim di On Demand & Astro GO bermula 31 Okt 2021 

  • Barisan Pelakon: Jeon Ji-Hyun, Joo Ji-Hoon

“Jirisan” menceritakan tentang penjaga hutan yang bekerja untuk menyelamatkan orang-orang di Taman Nasional Gunung Jiri. Seo Yi Gang (Jun Ji Hyun) adalah penjaga hutan terbaik di Taman Nasional Gunung Jiri. Dia tahu selok-belok, dan hampir semua hal tentang Gunung Jiri, termasuk di trek-trek yang tepat untuk mendaki gunung.

Dia akan dipertemukan dengan Kang Hyun Jo (Ju Ji Hoon), seorang ranger pemula di Taman Nasional Gunung Jiri. Hyun Jo adalah lulusan dari akademi tentera dan pernah menjadi seorang kapten. Namun, Hyun Jo memiliki rahsia yang tidak bisa diceritakan kepada sesiapa pun. Mereka berdua kemudian menjadi rakan sekerja dan bekerjasama menyelamatkan orang-orang di sekitar Taman Nasional Gunung Jiri.

7. Chimera (OCN)

  • Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2021
  • Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
  • Penyiar: OCN
  • Barisan Pelakon: Park Hae Soo, Lee Hee Jun, Soo Hyun, Shin Min Jae

Kisah mengenai kes pembunuhan letupan bersiri, yang disebut Chimera, yang berlaku lagi setelah 35 tahun. Jae Hwan (ParkHae Soo), seorang detektif, Eugene (Soo Hyun), profiler jenayah dan Joong Yeob (Shin Min Jae), seorang pakar bedah bekerjasama untuk mencari pelaku di sebalik kes itu.

8. Inspector Koo / Koo Kyung-Yi (JTBC)

  • Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2021
  • Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Lee Young-Ae, Kim Hye Jun

Kyung Yi, seorang penyiasat insurans yang pernah menjadi pegawai polis. Dia suka menyelesaikan kes-kes sejuk kerana keseronokannya, dan dia berdepan seorang pelajar perempuan yang merupakan pembunuh berantai ketika dia mula menyiasat kes pembunuhan misteri.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

Apapun, jaga diri,please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing, and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. 

 

loading...