Gerakan #MeToo akhirnya mengheret Kris Wu ke penjara

Makin ramai yang cakna dengan gerakan #MeToo buat Kris Wu ditangkap polis

Dengan penangkapan bintang tersohor China dan juga mantan ahli EXO pada akhir bulan lepas atas tuduhan merogol, dilihat gerakan #MeToo yang dilancarkan secara meluas dikalangan netizen China membuka mata pihak berkuasa untuk campurtangan, seperti telah melalui fasa titik perubahan di atas tuduhan rogol telah menimbulkan harapan banyak pihak sehingga gerakan bebas #MeToo telah dilancarkan meluas dikalangan netizan China melibatkan campurtangan pihak berkuasa akhirnya.

Gerakan #MeToo ialah gerakan menentang penderaan seksual dan gangguan seksual ke atas wanita

Buat sekian lama, begitu banyak kes pelecehan, penderaan seksual dan keganasan terhadap wanita selama ini tersimpan rahsia disebalik tabir. Semuanya dapat disenyapkan, dimaafkan dan ada juga ditekan dengan campurtangan politik dan wang.

Seperti contoh yang jelas dan terang yang diperkatakan kini adalah Kris Wu, yang sebagai Wu Yifan di China. Dia dikategorikan sebagai artis ternama di China kerana seringkali menerima pelbagai tawaran daripada jenama mewah antarabangsa dan juga tawaran lakonan daripada penerbit filem terkenal.

Media juga telah memainkan peranan yang amat besar yang di dalam kes berprofil tinggi ini dengan memberikan tekanan yang hebat untuk menghapuskan kesemua bentuk kehadiran Kris Wu dari media sosial dan perkhidmatan penstriman dengan mempertingkatkan gerakan #MeToo dalam membenteras dan mengawal budaya selebriti di China.

Terbaru, pihak berkuasa Beijing telah memperkenalkan peraturan baru untuk industri hiburan dengan melancarkan tindakan keras terhadap budaya peminat dalam talian.

Pada 10 Ogos lepas, derita Kris Wu semakin bertambah apabila seoang gadis yang menetap di Los Angeles telah membuat laporan polis menyatakan juga pernah dirogol ketika mabuk selepas menghadiri ‘private party’ yang diadakan untuk peminat Kris Wu. Ketika itu gadis tersebut masih lagi di bawah umur. Gadis ini juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bukti disebabkan kesemua alat telekomunikasi telah disimpan oleh pihak Kris Wu kerana tidak mahu sebarang aktiviti merakam sepanjang parti tersebut.

Walaubagaimana pun, berberapa peminat fanatik Kris Wu secara terang-terangan membincangkan rancangan “prison break’ untuk membebaskan idola mereka dari penjara. Sehingga kini, kumpulan peguam Kris Wu belum lagi tampil memberi sebarang perkembangan terkini. Tidak diketahui juga selama mana pihak berkuasa akan menahan dan membebaskan anak guaman mereka.

loading...