Aktor Yoon Kye Sang umum bakal berkahwin dengan kekasih hati

Penyanyi dan pelakon Yoon Kye Sang akhirnya akan berkahwin pada musim luruh ini.

Pada 11 Ogos, Yoon Kye Sang mengumumkan berita perkahwinan kepada peminat melalui kafe peminatnya dan berkata, “Saya mempunyai sisi dan bahagian yang tidak berpengalaman, jadi saya bertemu dengan orang yang sangat berharga dan menjalinkan hubungan yang baik.”

Mengenai bakal isterinya, Yoon Kye Sang berkata,”Dia seorang yang sangat menyenangkan dan menjadikan suasana disekelilingnya mesra dengan personalitinya yang baik. Saya akan bekerja lebih keras lagi kerana hari-hari yang akan kami lalui di masa depa jauh lebih penting daripada hari-hari yang telah berlalu. “

Pada hari yang sama juga, agensi Yoon Kye Sang, Just Entertainment mengesahkan bahawa aktor itu akan mengadakan majlis perkahwinan pada musim luruh ini. Pengantin perempuannya adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif jenama kecantikan yang lima tahun lebih muda daripada pelakon itu, dan terkenal sebagai influencer  (pempengaruh) di media sosial. Terdahulu, dia telah menjadi perhatian ramai setelah didedahkan bahawa seorang CEO muda yang berjaya diusia muda menerusi jenama kecantikannya.

Menurut Just Entertainment, “Yoo Kye Sang dan tunangnya telah bertemu dengan keluarga kedua-dua belah pihak dan telah mengatur pernikahan mereka; namun, disebabkan pandemik COVID-19, sukar untuk sesiapa sahaja untuk mengadakan majlis pernikahan, dan jadi pasangan itu merancang untuk mendaftarkan perkahwinan mereka terlebih dahulu. “

Yoon Kye Sang pertama kali bertemu dengan kekasihnya yang bukan selebriti melalui kenalan, dan akhirnya menjadi kekasih. Pasangan ini sedang menunggu untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

Yoon Kye Sang mula debut pada tahun 1999 sebagai anggota kumpulan g.o.d, dan kumpulan ini telah meriliskan lagu-lagu hit seperti “Love and Remember” dan “Lies.” Kemudian, dia fokus pada karier lakonannya, dan telah membintangi filem “Beastie Boys,” “The Outlaws,” dan “Mal. Mo. E – The Secret Mission, ” serta drama-drama seperti “My 19-Year-Old Sister-in-Law,” “The Greatest Love,” dan “Chocolate.”

Sementara itu, Yoon Kye Sang kini sedang bersiap untuk kembali ke layar kecilnya untuk sebuah drama misteri / thriller berjudul ‘Crime Puzzle’.

Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Yoon Kye Sang dan tunangnya yang akan berkahwin.

Sumber : news1 | sports.donga

loading...