[GEMPAR] Joy Red Velvet dan Crush kini sedang diulit momen percintaan

Wah, permulaan hari Isnin yang indah apabila dilaporkan Joy Red Velvet dan Crush kini sedang bercinta.

Setelah bertebaran berita mengenai keduanya bercinta, agensi Joy dan Crush, SM Entertainment dan P NATION telah mengesahkan berita tersebut. Menurut mereka, hubungan keduanya bermula sebagai senior-junior, namun baru-baru ini Joy dan Crush melangkah ke dunia percintaan bersama-sama.

Terdahulu, pada awal 23 Ogos, portal media Korea Sports Chosun melaporkan bahawa Crush dan Joy kini bercinta.

Kedua penyanyi itu berkolaborasi dalam lagu “Mayday” pada bulan Mei tahun lepas, dan menurut Sports Chosun, mereka tetap berhubungan baik dan akhirnya bibir-bibit percintaan antara mereka mulai mekar.

Apapun, tahniah buat Joy dan Crush!

Sumber : mydaily | sports.chosun

loading...