CNBLUE perbaharui kontrak dengan FNC dan bakal ‘comeback’ hujung tahun ini

Sudah lama rasanya tidak mendengar berita mengenai CNBLUE secara berkumpulan. Tambahan mereka semua baru sahaja menamatkan khidmat tentera masing-masing. Terbaru, CNBLUE yang duanggotai oleh Jung Yong Hwa, Kang Min Hyuk, dan Lee Jung Shin telah memperbaharui kontrak mereka bersama FNC Entertainment.

Pada 21 Oktober, FNC Entertainment mengumumkan bahawa CNBLUE telah memperbaharui kontrak mereka bersama agensi tersebut. Agensi berkaitan juga telah merancang untuk projek ‘comeback’ CNBLUE dengan album terbaru mereka pada penghujung tahun ini.

Untuk pengetahuan CNBLUE mula debut pada 2010 dan telah meriliskan beberapa lagu hit seperti “I’m a Loner,” “I’m Sorry,” “Love Girl” dan “Can’t Stop.” Selepas ketiga-tiga mereka menamatkan khidmat tentera dan kembali bersama pada 2020, ramai beranggapan ianya permulaan baru untuk karier mereka.

Ahli ke-4 CNBLUE iaitu Lee Jong Hyun telah meninggalkan kumpulan tersebut pada 2019 berikutan terlibat dalam pelbagai kontroversi. Jong Hyun juga telahpun menamatkan khidmat tenteranya pada awal tahun ini.

Yang pasti, para peminat semestinya tidak sabar untuk menantikan projek terbaru CNBLUE yang mungkin akan memberikan kelainan daripada album-album terdahulu. BOICE, please stay tuned coz CNBLUE oppa is coming! 

Sumber : News1 | sports.donga

loading...