Nak fokus aktiviti solo, Rowoon tinggalkan SF9

SF9 kini kembali dianggotai oleh lapan orang ahli selepas Rowoon  meninggalkan kumpulan itu.

Pada 18 September, agensi SF9 – FNC Entertainment telah berkongsi status terkini Rowoon dan aktiviti kumpulan tersebut. Agensi berkenaan juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut:

Helo, ini FNC Entertainment.

Ini adalah pengumuman mengenai status terkini SF9.

Kontrak SF9 dengan kami telah tamat pada 18 September, selepas dipromosikan sebagai artis kami selama 7 tahun sejak penampilan sulung kumpulan itu pada 2016.

Semua ahli telah memperbaharui kontrak mereka dengan kami, namun, kumpulan itu akan mulakan perjalanan baharu dengan 8 ahli kecuali Rowoon.

Rowoon akan fokus kepada aktiviti individu termasuk lakonan.

Semua ahli termasuk Rowoon akan melakukan yang terbaik untuk peminat mereka walaupun hala tuju mereka berbeza selepas ini. Mereka juga akan saling memberikan sokongan antara satu sama lain.

Kami berharap agar peminat akan sentiasa memberikan sokongan tanpa belah bagi kepada SF9 dan juga Rowoon.

Terima kasih.

Rowoon telah memulakan karier lakonannya pada 2017 menerusi drama KBS “School 2017”. Semakin mendapat perhatian ramai dengan bakat lakonannya, Rowoon telah membintangi beberapa drama dengan pelbagai peranan. Antaranya Extraordinary You (2019), She Would Never Know (2021), The King’s Affection (2021), Tomorrow (2022), dan yang kini masih bersiaran di Netflix- Destined With You (2023)

Sementara itu, bagi aktiviti SF9, kumpulan itu telah mengeluarkan mini album ke-12 pada 9 Januari 2023 lalu berjudul THE PIECE OF9′. Untuk pengetahuan,  Inseong, Youngbin dan Jaeyoon kini sedang menjalani khidmat tentera wajib masing-masing.

Apapun, selamat maju jaya kami ucapkan buat Rowoon dan SF9.

Sumber : 1

loading...