5 sebab kenapa perlu tonton drama tvN “Hospital Playlist 2”

Guys, doktor kegemaran korang is back!

Musim kedua “Hospital Playlist” akan mula bersiaran tidak lama lagi dan pastinya ramai yang gembira serta tidak sabar untuk menonton sekuel drama berkenaan.  Musim pertama telah berjaya menarik perhatian ramai penonton diseluruh dunia, bahkan berjaya mencatatkan purata tontonan antara tertinggi dirangkaian di antara drama-drama yang ditayangkan sepanjang 2020. Disebabkan, ramai yang menantikan sekuel drama ini, pastinya pihak produksi menyediakan sesuatu yang lebih menarik melebihi daripada musim sebelumnya. Kini, Skuad doktor kegemaran korang kembali dan segala persoalan yang tergantung akhirnya akan dijawab.

Jom, baca dengan lanjut apa yang menarik mengenai musim kedua “Hospital Playlist” ini.

  1. Kemahiran Band yang telah di ‘upgrade’

Penonton telah dihidangkan dengan persembahan band yang menampilkan muzik era 90-an dan para pelakon telah memainkan sendiri perkakasan muzik pada musim pertama. Kim Dae-myeung berkongsi, “Dengan musim baru, kami telah banyak berkembang.” Yoo Yeon-seok menambah, “Pada musim lalu, ada beberapa lagu yang memerlukan masa sekitar tiga bulan untuk dipelajari dan paling cepat pun, mengambil masa selama sebulan. Musim baru ini, ada lagu yang kami ambil masa seminggu sahaja untuk berlatih dan kami sendiri terkejut kerana kami berjaya melakukannya. ” Para pelakon selanjutnya mendedahkan bahawa penonton boleh menantikan mereka mempersembahkan lagu-lagu yang lebih sukar.

2. Keserasian yang lebih berkembang

imej Netflix

Keserasian persahabatan antara watak utama begitu semula jadi dan realistik pada musim pertama. Namun, para pelakon mendedahkan bahawa keserasian antara mereka pada musim baru akan menjadi lebih baik di hubungan mereka semakin rapat. Jeon Mi-do berkata, “Ketika kami tidak dapat bertemu secara bersemuka, kami berhubung secara dalam talian melalui ruang sembang dan panggilan video.” Cho Jung-seok menjelaskan, “Sepertinya kami tidak memerlukan kata-kata untuk berkomunikasi. Begitulah rapatnya kami. ”  Jung Kyung-ho kemudian berkata, “Penonton dapat menantikan keserasian yang lebih kuat dan nilai persahabatan yang lebih erat antara watak.”

3. Lebih banyak perkara yang menggembirakan dan menyeronokkan

imej Netflix

Salah satu aspek terbaik dari “Hospital Playlist” adalah betapa ia menghiburkan dan ia sangat relatable dengan drama berkenaan. “Hospital Playlist” penuh dengan cerita tentang hati semua orang di hospital dari doktor hingga pesakit, anda mungkin pernah menitiskan setitik dua air mata. Pengarah drama, Shin Won-ho berkata, “Ia sebenarnya penting untuk terus kekalkan intipati drama ini. Daripada cuba membawa sesuatu yang beru, kami akan kami ingin memperdalamkan apa yang kami ada pada musim pertama. ” Jeon Mi-do juga menyatakan, “Saya rasa anda boleh menantikan kisah-kisah yang berbeza dari setiap pesakit yang akan menyentuh hati dan juga menyakitkan hati.” Kita pasti dapat mengharapkan lebih banyak kisah-kisah yang empati yang akan menggerakkan hati kita.

4. Perubahan dalam perhubungan

imej Netflix

Pengakhiran setiap watak utama bagi musim pertama berakhir dengan pelbagai persoalan. Cho Jung-seok berkata, “Penonton dapat menantikan perubahan dalam hubungan antara watak.” Dia merujuk kepada hubungan Ik-sun dan Jun-wan, perasaan Min-ha untuk Seok-hyung, dan juga Wu-ju dan Mo-ne. Sebagai tambahan kepada pasangan ini, kita dapat menantikan kebarangkalian perubahan yang terjadi antara Jeong-won dan Gyeo-ul serta Ik-jun dan Song-hwa. Setelah setahun berlalu, pastinya akan ada banyak perubahan yang berlaku untuk disajikan kepada penonton semua.

5. Kewujudan watak Baru & watak yang ‘familiar’

imej Netflix

Dengan watak sedia ada yang dikembangkan dengan baik, mereka sering merasa seperti rakan kita sendiri. Pelakon-pelakon itu mengakui, mereka merasakan keakraban dan mendapati diri mereka lebih menyerupai watak mereka. Jeon Mi-do menyatakan rasa syukur kerana diberikan pelbagai nama panggilan seperti Song-hwa dan Jun-wan disebut sebagai raja makan. Pengarah Shin Won-ho juga mengakui bahawa akan ada penampilan khas dan watak baru pada musim kedua ini. Dengan wajah baru dan yang sedia ada, pasti lebih variasi watak-watak untuk penonton nikmati.

Jadi buat peminat kdrama terutamanya peminat “Hospital Playlist” , jangan ketinggal untuk menonton sekuel drama tersebut. Tayangan perdana “Hospital Playlist 2”. akan bermula 17 Jun, jam 10 malam MYT hanya di Netflix. Episode terbaru akan tersedia pada setiap hari Khamis.

loading...