Peluang cipta momen indah di online fan-meeting “Wanna come over my place_EP1.WONHO” 27 Jun ini

Berita baik buat peminat-peminat Wonho, atau dikenali sebagai ‘Wenee’ di Malaysia dan Singapura. Pertemuan peminat bersama Wonho akhirnya telah tiba. YX Entertainment akan menganjurkan 2021 KrushOn: K-POP Rush On You_ EP.1 WONHO Online Fan Meeting Event.

Pihak penganjur akan memberikan kenangan luar biasa dan terindah kepada WONHO dan peminatnya, Wenee selama 60 minit melalui pertemuan peminat dalam talian! Pertemuan peminat ini “Wanna come over my place?” dengan artis WONHO, akan diadakan secara atas talian, pada 27 Jun 2021 (Sun) 8:00 PM (KST).

Jualan tiket secara atas talian telah dibuka pada 11 Jun 2021 sehingga 26 Jun jam 5.00 petang dan pembelian boleh dilakukan menerusi via BOOKMYSHOW https://my.bookmyshow.com.

Informasi mengenai tiket :

STANDARD (Ticket quantity: No limit)

RM 128 (additional RM4 for ticket booking fees)

LIVE TICKET + Digital Goods (2 types of mobile phone wallpapers via email)

Pihak penganjur juga akan turut menyediakan dua jenis hadiah kepada Wenee. Jenis pertama adalah acara loteri. Hadiah adalah berupa i) mesej penggera suara (30 orang) dan ii) mesej ucapan video (30 orang). Jenis kedua adalah acara penyertaan, di mana ia dilengkapi dengan polaroid (5 orang), dan poster (5 orang) di mana kedua-duanya siap ditandatangan.

* Kedua-dua pemenang acara pemberian hadiah akan dipilih secara rawak secara LUCKY DRAW *

Peminat boleh mendapatkan maklumat secara lanjut mengenai cara untuk menyertai dalam acara pemberian hadiah tersebut menerusi akaun sosial rasmi seperti di bawah. (Pemenang bertuah akan diumumkan pada 15 Jun ini)

Krush On

Facebook https://www.facebook.com/KrushOnOfficial

Instagram https://www.instagram.com/krush_on_official/

Twitter https://twitter.com/Krush_On

YX Entertainment

Facebook https://www.facebook.com/YXENTERTAINMENT

Instagram https://instagram.com/yxentertainment?utm_medium=copy_link

Twitter https://twitter.com/yxentmalaysia

Untuk proses penebusan, setelah pembelian tiket, anda boleh pergi ke * URL *  yang disediakan untuk streaming secara langsung pada tarikh persembahan. Dengan memasukkan kod penebusan yang telah anda terima, anda boleh menikmati persembahan dengan WONHO.

Bagaimana mahu menikmati online fan-meeting bersama Wonho di “Wanna come over my place” ? Ini caranya :-

1. Buat pembelian tiket di BOOKMYSHOW
2. Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima pengesahan menerusi email (pastikan anda mengisi maklumat dengan betul dan teliti). URL penstriman dan kod penebusan akan dilampirkan dalam email yang diterima.
3. Pada tarikh online fan-meeting, anda diminta klik pada URL penstriman, dan perlu memasukkan kod penebusan.
4. Setelah menyelesaikan proses penebusan, anda boleh menikmati persembahan dengan WONHO.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kegembiraan bersama Wonho.

loading...