Miyawaki Sakura IZONE bakal ‘debut’ sekali lagi di dalam kumpulan kpop terbaru keluaran Big Hit (HYBE) pula

May be an image of 1 person and text that says 'Bıg Hıt Entertainment'

Miyawaki Sakura, salah seorang ahli IZONE yang telah diumumkan pembubarannya tak lama lagi, dilaporkan telah menandatangi kontrak perjanjian terbaru dengan agensi Big Hit Ent.

Menurut sumber terdekat, Miyawaki Sakura meluahkan berita gembira tersebut dalam kalangan rakan terdekatnya bahawa dia sudah menyertai Big Hit Ent. Kemasukan Miyawaki Sakura ke dalam Big Hit dijangka bertujuaan untuk menubuhkan kumpulan kpop terbaru di bawah agensi itu kelak sejak Glam pada tahun 2012.

Sebelum bersama dengan IZONE selama 2 tahun setengah, Miyawaki Sakura mula ‘debut’ di dalam kumpulan jpop HKT48 bersama Yabuki Nato. Kedua-duanya bersama dengan Honda Hitomi daripada AKB48 berjaya menempatkan diri mereka sebagai finalis akhir Mnet Produce 48 lalu ‘debut’ di dalam IZONE sebagai tiga ahli IZONE yang berbangsa Jepun.

IZONE akan terbubar menjelang April depan, maka setiap ahli IZONE sedia ada sedang berbincang dengan agensi mereka masing-masing untuk perancangan aktiviti masa depan mereka.

Sumber: hankyung

loading...