Hongjoong ATEEZ dilihat memakai T-Shirt kaligrafi Arab seperti sedang memuji kebesaran “sesuatu”

May be an image of 3 people

Hongjoong ATEEZ mahu menunjukkan hasil kerja seninya di depan peminat.

Di dalam video yang disiarkan pihak Baverse Studio tadi, Hongjoong dilihat sedang menggoreskan dan mengubahsuai sesuatu ke atas sepatu miliknya bertempat di sebuah bilik bawah tanah. Hongjoong turut berkongsikan beberapa buah lagu sewaktu sedang menyiapkan kerjanya, antaranya, Till I Collapse oleh Eminem (Feat. Nate Dogg) dan Fool oleh BigBang.

Namun, yang menangkap perhatian peminat kerana Hongjoong memakai T-Shirt kaligrafi Arab tertulis sebagai “سبحان” (Subhan) iaitu Maha Suci. Biasanya terma “Subhanallah” digunakan oleh umat Islam untuk memuji kebesaran Tuhan yang mencipta sekalian alam.

Memandangkan kaligrafi tersebut hanya menyebut singkatan perkataan “Subhan”, maka ia tak menjadi masalah baginya bahkan sehingga dikatakan boleh mencetuskan salah faham dan retorik yang membawa kepada sensitiviti berkenaan Islam. Sebaliknya, Hongjoong mungkin mahu menunjukkan hasil seninya seolah-olah kerana mahu memuji kebesaran sesuatu.

loading...