Kantoi merokok & meludah merata-rata, Lai Kuanlin Wanna One mohon maaf kerana tak jaga kelakuan baik

Lai Kuan Lin membuat permohonan maaf lantaran videonya merokok dan meludah merata-rata di jalanan tertular dan mendapat kritikan negatif daripada netizen.

“Aku meminta maaf. Sebagai selebriti, aku sepatutnya berhati-hati dengan perbuatan salahku ini. Aku akan terima kritikan dengan bermuhasabah diri, dan memastikan kejadian berkenaan takkan berulang lagi,” kata Lai Kuan Lin, bekas ahli Wanna One yang agak popular di serantau tanah besar China.

Ramai netizen memuji tindakbalas yang begitu cepat daripada penyanyi itu dan sebilangannya beranggapan dengan memarahinya terlebih dahulu mampu membuatkan Lai Kuan Lin menyedarinya lebih awal sebelum terlambat di kemudian hari supaya dia dapat mengurangkan amalan merokok dan tidak sesekali meludah merata-rata. Video Lai Kuan Lin meludah boleh ditonton di sini.

Sumber: weibo

 

loading...