Dong Ha nafi pernah membuli bekas rakan sekolahnya, ugut akan ambil tindakan saman

May be an image of 1 person

Dongha akan mengambil tindakan saman terhadap tohmahan palsu yang berlegar-legar di ruang media sosial, mengatakan dirinya sebagai kaki buli ketika belajar di sekolah dulu.

“Setelah kami menyemak tuduhan berkenaan dengan Dongha dan kenalannya, kami dapati tuduhan tersebut adalah palsu. Hasil semakan dengan kenalan lain juga memberikan jawapan yang sama,” kata jurucakap agensi J Wide Company.

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan Dongha atau nama sebenarnya, Kim Hyung Kyu membiarkan netizen yang mengaku sebagai mangsa bulinya (berkemungkinan perempuan) dipukul oleh seseorang. “Alasannya sebab aku tenung mukanya. Ada perempuan ini mungkin teman wanitanya, dia tampar pipi dan menyumpah-nyumpah aku. Aku jadi malu kerana dikelilingi ramai orang di dalam pusat beli-belah itu,” katanya.

“Perasaan malu aku ketika itu membuak-buak dan menjadi luka di dalam memoriku. Setiap kali muka Kim Hyung Kyu terpampang di dalam media, aku tak rasa selesa kerana asyik memikirkan kejadian itu,” tambahnya lagi.

Dongha kini sedang membintangi drama KBS Homemade Love Story.

Sumber: donga

loading...