Baekhyun EXO bakal buat ‘comeback’ album solo ketiga pada penghujung Mac 2021 ini

May be a closeup of 1 person

Baekhyun disahkan akan membuat ‘comeback’ dengan album solo ketiga pada penghujung Mac ini.

Penyanyi kacak daripada kumpulan EXO itu difahamkan sedang di dalam proses akhir pembikinan albumnya yang dijadualkan pelancarannya pada 30 Mac 2021 ini.

“Ya, Baekhyun akan mengeluarkan album solo terbaru pada 30 Mac ini. Nantikannya, ” kata jurucakap SM Ent. mengesahkan berita gembira tersebut.

Album solo ketiga yang belum diberikan judul ini akan menyusul “Delight” pada Mei 2020 dan “City Lights” pada tahun sebelumnya, didukungi dengan single utama berentakkan R&B, iaitu ‘Candy’ dan ‘UN Village’.

Pencapaian album solo kedua Baekhyun, “Delight” menyebabkan beliau mendapat pengiktrafan jutawan, satu-satunya artis solo lelaki yang berjaya berbuat demikian. Malah, ‘comeback’ sulung Baekhyun pada tahun ini juga dinanti-nantikan oleh penggemar muzik Kpop di Amerika Syarikat, yang meramalkannya sebagai salah satu artis Kpop yang bakal menggegarkan pasaran muzik di sana.

Sumber: newsen

loading...