6 lagi drama Korea terbaru akan bersiaran sepanjang Mac ini

Annyeong, chinguyaa~~ Sedar tak sedar, dah masuk bulan March! Kita masih lagi dalam proses melawan Pandemik Covid-19. Jadi, tak perlulah keluar rumah kalau tiada kepentingan. Why not isi masa lapang korang dengan tonton drama Korea. Penulis tahu, banyak lagi drama yang tak tertengok kan.

Well, seperti biasa, ini dia 6 buah drama Korea terbaru yang akan memulakan siarannya sepanjang March 2021. So, let’s check it out the list.

1. Mouse (tvN)

tvN “Mouse” merupakan sebuah drama berkisarkan tentang kegilaan seorang bergelar psikopat. Drama bertemakan misteri dan thriller ini turut menceritakan tentang di mana manusia dapat mengenali psikopat melalui ujian DNA dari rahim ibu. “Mouse” turut mengutarakan pertanyaan, “Adakah anda akan melahirkan anak setelah mengetahui bahawa mereka adalah seorang psikopat?”

Jung Ba Reum (lakonan Lee Seung Gi) adalah seorang detektif junior dan dikenali dengan sifatnya yang jujur. Dia berusaha untuk mencari keadilan hingga suatu ketika Jung Ba Reum berhadapan dengan seorang psikopat pembunuh bersiri di mana tindakan pembunuhan kejamnya telah membuat seluruh masyarakat menjadi penuh kekacauan. Hasil pengalaman tersebut membuatkan kehidupan Jung Ba Reum mulai berubah secara keseluruhan.

Lee Hee Joon memegang watak Go Moo Chi, seorang detektif yang keras hati di mana yang ibu bapanya dibunuh ketika dia masih muda. Dia bersedia untuk menggunakan sebarang kaedah biarpun melanggar undang-undang bagi membalas dendam atas kematian mereka. Atas sebab dendam ini jugalah, Go Moo Chi memutuskan untuk menjadi seorang detektif. Kemudian, Lee Hee Joon dan Jung Ba Reum akan bersama-sama menjejak pemangsa jahat yang digambarkan sebagai Bersama-sama, lelaki-lelaki ini berada di jejak pemangsa jahat yang digambarkan sebagai “Top 1 peratus” psikopat.

Park Ju Hyun akan membawakan dengan pelajar sekolah menengah yang bermasalah Oh Bong Yi yang  tinggal bersama neneknya. Biarpun kecil badannya, Oh Bong Yi mempunyai bakat dan hebat beraksi dalam semua jenis sukan termasuk seni mempertahankan diri serta jiu-jitsu. Kyung Soo Jin pula sebagai pengarah produksi Choi Hong Joo yang telah menerima pelbagai anugerah diusia muda. Ketika kecil,  Choi Hong Joo digunakan sebagai umpan untuk menangkap pembunuh dan dia begitu berhati-hati dalam merahsiakan identitinya dengan rapi.

Ahn Jae Wook berperanan sebagai pakar bedah saraf Han Seo Joon yang terkenal dengan kemahirannya yang genius, pertuturan, dan adabnya. Isterinya Sung Ji Eun akan digambarkan oleh Kim Jung Nan yang secara emosinya meruntun perasaan penonton dan akan membantu menghubung-kaitkan dengan penceritaan drama ini. Manakala, P. O Block B akan memegang watak detektif Shin yang baru bertugas dan akan menyertai pasukan Goo Mo Chi.

“Mouse” dinukilkan oleh Choi Ran (OCN “Black”,SBS “God Gift 14 Days”) dan mendapat sentuhan pengarah Choi Joon Bee yang pernah mengarahkan drama MBC “Come and Hug Me”. Drama ini akan mula ditayangkan disaluran tvN mulai 3 Mac depan. Berkemungkinan besar, “Mouse” juga akan disiarkan menerusi rangkaian tvN Asia Astro CH 395 dan Unifi TV CH 226 bermula 4 Mac bagi mengisi slot drama Khamis dan Jumaat, jam 9.45 malam.

2. Love Alarm 2 (Netflix)

Berdasarkan webtoon yang terkenal dengan nama yang sama, Love Alarm bermula di dunia di mana aplikasi mudah alih memberi amaran kepada anda jika seseorang dalam lingkungan 10 meter menyukai anda. Dibintangi oleh Kim So-hyun, Jung Ga-ram, dan Song Kang, tidak ada waktu yang lebih baik daripada sekarang untuk menonton (atau menonton semula) musim pertama sementara menunggu untuk siaran musim 2.

Walaupun Kim Jo-jo (Kim So-hyun) bertemu Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) dan Hwang Sun-oh (Song Kang) telah tamat sekolah menengah dan menjadi dewasa, mereka masih mempunyai masalah serta konflik yang tidak dapat diselesaikan. Musim kedua ini mengambil masa 4 tahun selepas aplikasi pertama dicipta yang mana wujudnya kini Love Alarm 2.0. Aplikasi terbaru ini telah dikemaskini dan dilengkapi dengan ciri baru yang menunjukkan senarai pengguna yang mungkin akan menyukainya pada masa akan datang. Kim Jo-jo, yang masih menyembunyikan perasaannya, akan berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh aplikasi tersebut.

“Love Alarm S2” diarahkan oleh Kim Jin-woo dari “Good Doctor”, “Queen of Mystery”, dan “Suits”. Manakala Ryu Bora, yang merupakan penulis “Snowy Road” dan “Secret”, turut serta sebagai penerbit skrip. Anda boleh menonton musim pertama “Love Alarm” sekarang dan musim kedua pula akan mula bersiaran pada 12 Mac, hanya di Netflix.

3. Ok Kwang Sisters / Revolutionary Sisters (KBS) (Lengthy Drama)

“Revolutionary Sisters” adalah sebuah melodrama kekeluargaan yang turut diselitkan element  romantis, misteri dan thriller. Ianya bermula apabila seorang ibu mati ketika sedang menjalani proses penceraiannya. Disebabkan perkara itu, seluruh ahli keluarganya mempunyai potensi untuk menjadi suspek kes pembunuhan.

Lee Cheol-Soo (Yun Ju-Sang) adalah bapa kepada tiga anak perempuan. Lee Cheol-Soo bersikap tegas dalam perkara yang melibatkan peraturan dan prinsip. Hubungan dengan tiga anak perempuannya tidak begitu baik apabila kesemuanya meningkat dewasa.

Lee Kwang-Nam (Hong Eun-Hee) adalah anak perempuan sulung. Dia seorang yang ego dan terlampau bangga dengan dirinya sendiri. Hubungan dengan ayahnya yang tidak baik kerana Kwang Nam merasakan si ayah telah membuat ibunya menderita.

Lee Kwang-Sik (Jeon Hye-Bin) adalah yang kedua yang bekerja sebagai pegawai awam. Lee Kwang-Sik yang seorang pintar dan berprinsip. Biarpun kurang kasih sayang dari ibu dan bapanya, dia sangat perihatin pada orang disekelilingnya.

Si bongsu, Lee Kwang-Tae (Go Won-Hee) mahir dalam seni mempertahankan diri dan merupakan seorang pekerja sambilan untuk menyara hidupnya serta tidak berminat dengan perkahwinan.

Kim Kyun Nam pula sebagai Han Ye-Seul yang sering mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi rock. Untuk mengejar mimpinya, Han Ye Seul rela berhenti sekolah.

“Revolutionary Sisters” adalah sebuah drama mingguan dengan 100 buah episodes. Drama ini akan mula bersiaran dirangkaian KBS pada 13 March, setiap Sabtu dan Ahad.

4. Joseon Exorcist (SBS)

“Joseon Exorcist” adalah sebuah drama drama fantasi yang dibintangi oleh Kam Woo Sung, Jang Dong Yoon, Park Sung Hoon, Kim Dong Joon, Jung Hye Sung, dan Lee Yoo Bi. Drama yang dinukilkan oleh Park Kye Ok ini berkisarkan tentang pertarungan Raja Taejong dan kedua anaknya dalam melawan roh orang-orang yang dibunuh di era awal penubuhan kerajaan Joseon. Roh-roh tersebut seperti hidup semula demi untuk membalas dendam kepada kerajaan Joseon atas apa yang menimpa mereka di masa silam.

Raja Kerajaan Joseon, Lee Bang Won (lakonan Kam Woo Sung) yang memegang gelaran Raja Taejong perlu berhadapan dengan serangan roh yang ingin membalas dendam ke atas Kerajaan Joseon.

Dikatakan bahawa pada masa lalu, ketika muda, Lee Bang Won muda berjaya menghalau dan menundukkan  roh-roh jahat yang cuba menyerang Kerajaan Joseon.

Namun, setelah beberapa dekad berlalu, Raja Taejong harus kembali melawan roh-roh yang berusaha memasuki kerajaan untuk membalas dendam terhadap Kerajaan Jeson.

Walaupun dikenali sebagai Raja yang dingin, Raja Taejong terselit rasa bersalahnya atas jumlah pertumpahan darah ketika dia menolong ayahnya menubuhkan Dinasti Joseon.

Raja Taejong mempunyai dua anak lelaki, Putera Chungnyeong (lakonan Jang Dong Yoon) dan Putera Mahkota, Putera Yangnyeong (lakonan Park Sung Hoon).

Putera Chungnyeong adalah seorang putera yang suka belajar sehingga dia digelar ulat buku. Namun, dikala krisis terjadi, Putera Chungnyeong turun ke medan perang untuk melawan roh-roh tersebut.

Sementara Putera Yangnyeong terkenal kerana mempunyai keperibadian yang kuat. Tetapi kenyataannya adalah dia sering diselimuti kegelisahan kerana bimbang ayahnya akan menganggap dia tidak layak menjadi pengganti untuk memerintah kerajaan.

Putera Yangnyeng dikatakan selalu berusaha memberikan yang terbaik, tetapi dia berpendapat ayahnya tidak pernah puas dengan kejayaannya. Akibat rasa tamak, Yangnyeong kemudian membuat perjanjian dengan roh jahat yang akan membahayakan Jaseon.

“Joseon Exorcist” akan bersiaran menerusi rangkaian SBS mulai 22 March depan bagi mengisi slot drama Isnin-Selasa.

5. Like a Butterfly / Navillera (tvN)

“Navellira” adalah sebuah drama yang diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama. Drama ini berkisarkan tentang kehidupan seseorang yang mencabarkan dirinya di dalam seni tarian balet kerana mempunyai impian yang sangat besar.

Sim Deok Chool, yang telah berusia 70 tahun dan ingin mengejar mimpinya sebagai penari balet. Tapi keputusannya tersebut tidak disetujui oleh isteri dan anak-anaknya yang sudah dewasa. Namun hal itu tidak membuat Sim Deok Chool goyah dalam mengejar impiannya.

Dia lalu mendaftar di sebuah kelas balet dan belajar tarian tersebut. Di sana dia bertemu dengan Lee Chae Rok, seorang jejaka yang memiliki bakat besar dalam menari balet. Tapi dek kerana kesulitan dihadapinya, keinginannya untuk menari pun semakin memudar. Pertemuannya dengan Deok Cheol akan membawa perubahan dalam hidupnya dan kedua mereka bersama untuk menggapai impian yang sama untuk bergelar penari balet yang disegani.

“Navillera” versi webtoon sudah terbit bermula Julai 2016 dan berakhir Oktober 2017 lalu. Webtoon ini merupakan karya dari Hun dan JiMin, yang juga akan menulis naskah drama ini dan berkolaborasi dengan penulis Lee Eun Mi yang pernah menggarap naskah drama “Tunnel.” Manakala, ianya diarahkan oleh sutradara Han Dong Hwa (“OCN Squad 38” , “OCN Bad Guys: The Vile City”). Drama ini menggantikan drama L.U.C.A dan akan disiarkan menerusi rangkaian tvN mulai 22 March pada setiap Isnin dan Selasa. 

6. Oh! Master (MBC)

Drama bergenre komedi romantis ini menceritakan tentang Han Bi Soo (Lee Min Ki), seorang penulis drama thriller terbaik di Korea yang memilih untuk tidak bercinta. Sementara Nana yang memegang watak sebagai pelakon dan ratu komedi romantis Oh Ju In yang seringkali tidak dapat untuk bercinta. Meskipun mempunyai pendapat bertentangan dan sering berselisih faham, mereka berdua akhirnya hidup bersama dalam satu rumah.

Lee Min Ki memainkan watak yang mudah tersinggung dan mempunyai fikiran yang tajam. Namun begitu, dia boleh berubah menjadi seseorang yang bersikap comel dan manja dalam masa yang singkat.

Minhyun CNBLUE pula sebagai Yoo Jin, cucu dari keluarga ternama dalam bidang kosmetik Korea. Setelah belajar di Perancis, dia menjadi pengarah jenama kosmetik. Dia digambarkan seorang “lelaki sempurna” dengan bakat, kekayaan, penampilan yang baik, dan keperibadian yang penuh mesra. Dia juga merupakan kawan lama Oh Ju In.

“Oh! Master” ini akan menjadi kolaborasi antara penulis Jo Jin-kook yang menjadi penulis skrip drama MBC “Fated to Love You” (2014) dan sutradara Hyun Sol-ip yang menjadi pengarah drama “You Drive Me Crazy!” (2018). Drama ini akan ditayangkan menerusi rangkaian MBC mulai 24 March depan bagi mengisi slot tayangan Rabu dan Khamis.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!  Apapun, please wearing your mask especially in the public, always wash your hand, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and sila patuh kepada SOP yang ditetapkan. (Keep on repeating this to spread the awareness)

loading...