Jung Joon Young dipanggil saksi di mahkamah berhubung peranan Seungri sebagai bapa ayam

May be an image of 1 person

Jung Joon Young yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di atas kesalahan merogol mangsa beramai-ramai, akan dipanggil sebagai saksi di Mahkamah Tentera yang bertempat di Yongin, Gyeonggi hari ini, 26 Feb 2021 terhadap kes melibatkan Seungri, bekas ahli Big Bang.

Ketika disoal tentang penglibatannya dengan kegiatan pelacuran melibatkan Yoon Yun Suk dan Seungri oleh pihak pendakwaraya dan peguambela hari ini, Jung Joon Young berkata, “Aku kenal benar perempuan yang dihantar ke bar hiburan oleh seorang ibu ayam yang juga dikenali oleh Seungri,” kata Jung Joon Young mengulas tentang kejadian berkenaan.

Ditanya samada dia tahu perempuan itu telah dilacurkan dengan harga bernilai sehingga USD$885.87 (~RM3,588.22), Jung Joon Young hanya mengiyakannya saja. Ditanya pula samada dia masih ingat SMS dihantar oleh Yoon Yun Suk berbunyi, ‘Aku akan hantar kau hadiah (merujuk kepada pelacur)’ selepas selesainya parti, Jung Joon Young mengaku dia tidak ingat langsung.

Jung Joon Young dipanggil sebagai saksi setelah mahkamah berpuas hati dengan bukti CCTV yang diserahkan oleh pihak pendakwaraya menunjukkan Seungri bercakap dengan mangsa sebelum Jung Joon Young, Choi Jong Hun (bekas ahli FT Islands) dan CEO ‘Burning Sun’ memunculkan diri. Bukti CCTV juga menunjukkan beberapa orang tak dikenali, disyaki penyangak tiba di tempat kejadian tak lama kemudian sehingga kehadiran mereka kemudiannya dihidu oleh pihak polis.

Menurut sumber terdekat, dua orang mangsa (bukan pelacur) telah diugut oleh Seungri ketika di dalam parti berkenaan dengan salah seorangnya merupakan pekerja di JYP Ent. Seungri yang dikatakan takut dengan ugutan tersebut kemudiannya memanggil beberapa orang penyangak ke mari.

Seungri bagaimanapun menafikan bahawa dia mengenai penyangak-penyangak terbabit di dalam perbicaraan mahkamah hari ini.

Seungri kini sedang menjalani khidmat ketenteraan dan perlu berulang-alik ke mahkamah bagi menghadapi beberapa perbicaraan kes melibatkan dirinya.

Sumber: money today, hankyung

loading...