Jung Joon Young failkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk dikurangkan lagi hukuman penjara ke atasnya

Jung Joon Young telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memendekkan hukuman penjara ke atasnya daripada 6 tahun ke 5 tahun.

Menurut sumber, Jung Joon Young mahu mengurangkan hukuman penjara dikenakan ke atasnya memandangkan rayuan Choi Jong Hoon berjaya diterima untuk dikurangkan kepada 2 tahun 6 bulan berbanding 5 tahun di dalam keputusan asal. Mahkamah Rayuan sebelum ini hanya mempertimbangkan jaminan daripada pihak Jung Joon Young untuk berubah sepenuhnya berbanding Choi Jong Hoon yang mencapai penyelesaian dengan mangsa. Ia berbeza dengan laporan terdahulu yang mengatakan Jung Joon Young telah mencapai persetujuan dengan mangsa.

Jung Joon Young, Choi Jong Hoon, Kwon Huk Jun (abang Yuri SNSD), Momo dan Kimmo disabitkan atas kesalahan merogol beramai-ramai dengan sengaja memabukkan mangsa dalam dua kejadian berasingan yang berlaku di Hongcheon, Gangwon pada Januari 2016, dan Daegu pada Mac 2016 lalu.

Sumber: dispatch

loading...