Terharu dengan susu yang diberikan Xiumin EXO, mangsa buli bangkit daripada trauma dialaminya ketika kecil

May be an image of 3 people

Seorang netizen mendakwa dirinya sebagai mangsa buli menghargai jasa baik Xiumin EXO yang membantunya bangkit daripada pengalaman buli yang dialaminya dulu.

Memperkenalkan dirinya sebagai rakan satu kejiranan sewaktu mereka masih kecil lagi, netizen itu mengaku susu yang diberikan oleh Xiumin membuatkannya rasa terharu sangat.

“Aku pernah keluar bersama kawan-kawan sekelas dan menangis apabila mereka mula mengejek aku. Aku teringat masa itu kau bagi aku minum susu sebagai sarapan pagi, minta aku jangan menangis lagi. Minseok, susu putih yang kau bagi aku… Ingat lagi tak? Terima kasih. Aku sangat terharu ketika itu,” katanya. Netizen itu turut menambah Xiumin diminati ramai gadis-gadis pada masa itu kerana sikapnya yang baik dan cukup mesra.

Xiumin yang baru selesai berkhidmat dengan ketenteraan, menyumbangkan suaranya untuk lagu berjudul ‘To My Only You’ dimuatkan sebagi OST drama tvN Mr. Queen.

Sumber: nate, tvdaily

loading...