Seulgi Red Velvet seorang pelajar contoh yang sangat bijak & kental, dedah bekas rakan sekolah

May be an image of 2 people

Seulgi atau nama sebenarnya Kang Seulgi daripada kumpulan kpop popular, Red Velvet mendapat pujian daripada bekas rakan sekolahnya di dalam sesuatu testimoni dibuat di dalam laman komuniti forum tempatan.

Seperti dipetik daripada kenyataannya di dalam laman forum berikut,

“Aku daripada Sekolah Menengah Ansan Byeolmang, tapi tidak satu kelas utama dengan Seulgi. Satu hari, aku diletakkan di dalam satu kelas intensif Matematik Tambahan bersama Seulgi. Masa tahun pertama sekolah menengah kami, dia berjaya melepasi uji bakat SM Ent. seterusnya menjadi pelatih. Kami tidak rapat, tapi Kang Seul Gi merupakan pelajar kegilaan lelaki. Dia sangat bijak, lawa selain memiliki budi pekerti yang baik. Dia betul-betul macam umchin-ah (‘terbaik daripada semua segi’) dan ketika festival sekolah kami, aku nampak dia menari dan menyanyi. Ketika aku berkhidmat dengan ketenteraan, alangkah baiknya kalau aku dapat ‘debut’ sekali bersama Red Velvet dan tidak sangka Kang Seul Gi boleh jadi sehebat begini. Apapun, Kang Seung Gi merupakan pelajar contoh macam Eom Chin-ah (‘anak harapan ibu semua’).” – Netizen

Netizen tersebut yang juga seorang lelaki turut menyertakan gambar Seulgi sedang menerima suntikan, cuba membuktikan Seulgi seorang pelajar contoh yang kental dan wajar diikuti.

Sejak debut bersama Red Velvet, Seulgi dikenali sebagai visual kumpulan itu bersama-sama dengan Irene dan Joy, malah seringkali disebut-sebut antara artis Kpop perempuan yang memiliki susuk tubuh yang sihat dan sedap mata memandang.

Sumber: fmkorea

loading...