JYP mahu ambil tindakan saman, Hyunjin pula ‘hilang’ ketika Stray Kids membuat persembahan di MBN Y Forum 2021

May be an image of 1 person

JYP Ent. hari ini bertegas untuk mengambil tindakan saman terhadap mana-mana yang cuba mengaitkan agensi itu dalam menutupi skandal buli meliputi anak buahnya, Hyunjin Stray Kids.

“Sekarang ini kat internet, macam-macam kenyataan palsu cuba disebarkan dengan tajuk ‘Surat tuntutan saman diserahkan oleh peguam JYP kepada mangsa buli.’ Kami tidak tahu-menahu tentang peguam dimaksudkan di dalam artikel berkenaan, malah kami tak pernah ambil peguam berkenaan. Carian kami di dalam majlis peguam juga tidak kelihatan namanya, maka kami dapati nama yang sengaja diletak-letakkan. Kami akan ambil tindakan saman,” kata jurucakap agensi itu.

Berkenaan kehilangan Hyunjin di dalam persembahan khas di MBN Y Forum 2021 bersama-sama Stray Kids hari ini, jurucakap agensi itu berkata, “Seperti sedia maklum, kami tengah menyemak fakta sebenar disebaliknya. Kami memutuskan jadual melibatkan kelibat Hyunjin tidak boleh dibuat ketika ini, maka kami cuba tangguhkannya.”

Baca lagi: Skandal buli terburuk melanda Korea sekarang, 13 selebriti Korea ini sedang berhadapan dengan tuduhan buli oleh rakan sekolah mereka suatu ketika dulu

Sebelum Stray Kids memulakan persembahan khas tersebut, Lee Know yang menghadiri temubual ‘Hero Show’ bersama Seungmin itu menegaskan bahawa Stray kids tetap kekal dengan 8 orang ahli buat selama-lamanya.

“Aku berjumpa ‘8 kawan’ yang akan bersama-sama denganku sehingga ke akhir hayat dan ikuti kemana saja aku pergi. Terima kasihlah kepada pilihan aku yang buat ini, aku dapat berjumpa dengan 8 orang ini,” tegas Lee Know yang menolak kemungkinan Hyunjin akan digugurkan daripada Stray Kids. Sebelum ini, Woojin pernah digugurkan sebagai anggota Stray Kids yang sepatutnya berjumlah 9 orang ahli.

Stray Kids kini dalam rangka promosi sebagai perancangan mereka dalam menyertai rancangan realiti tv survival, Mnet Kingdom kelak demi untuk merebut gelaran raja Kpop.

Sumber: sport khan

loading...