Chanyeol EXO buka cerita selepas 4 bulan mendiamkan diri

May be an image of 1 person

Chanyeol EXO membuka cerita selama hampir empat bulan mendiamkan diri.

Mahu menghulurkan permohonan maafnya terhadap peminat, Chanyeol berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberikannya sokongan dan menulis surat sempena hari jadinya tempoh hari. “Ketika aku baca (surat) satu persatu, rasa kesal dan perasaan terharu ku makin menjadi-jadi. Aku terfikir macammana aku nak lindungi dan balas balik keikhlasan hati EXOL-L, yakni aku tidak akan membuatkan korang bimbang lagi. Untuk memastikan kepercayaan korang bukannya satu yang silap, aku akan bekerja kuat untuk berikan segala-galanya,” katanya.

Chanyeol juga menegaskan bahawa tidak lupa tentang dirinya pada 9 tahun yang lalu. “Walaupun hari sudah berlalu, tetapi aku takkan lupa macammana diri aku ketika bermula…Dan masa pun berlalu hingga tahun ini, aku mahu tunjukkan keikhlasan aku pada mereka yang mengucapkan selamat ulang tahun ke-9 kepadaku,” tambahnya lagi.

Di akhir kalam, Chanyeol meminta peminat EXO-L sentiasa menjaga kesihatan diri.

Terdahulu, Chanyeol EXO dituduh seorang netizen berfoya-foya dengan ramai teman wanita, mendakwa dirinya sebagai bekas kekasihnya. Bagaimanapun, SM Ent. menafikan dakwaan liar berkenaan dan mahu melakukan tindakan saman terhadapnya. Sejak daripada itu, Chanyeol EXO mengambil pendirian untuk berdiam diri.

Sumber: mk star

loading...