[Undian dibuka] ATEEZ, BTOB, SF9, Stray Kids, The Boyz & iKON memukau penonton dengan persembahan ‘intro’ masing-masing

No photo description available.

Mnet Kingdom memperkenalkan semua kumpulan kpop BTOB, iKON, Stray Kids, SF9, The Boyz dan ATEEZ di dalam segmen ‘intro’ yang berlangsung sebentar tadi.

ATEEZ menjadi artis Kpop pertama membuat persembahan di pentas ‘intro’ terbabit dengan lagu “Ouverture : Wave” berlatarbelakangkan kusam tapi penuh berkarisma.  ATEEZ diikuti oleh BTOB yang ternyata membuktikan teknik nyanyian mereka masih tiada galang gantinya dengan persembahan choir, ‘Beautiful’.

SF9 kemudiannya muncul dengan mengenakan suit berselang hitam dan putih, melakukan persembahan lagu ‘Good Guy and The Glory’ sambil menayangkan koreografi mereka yang mantap belaka. SF9 disusuli oleh Stray Kids yang memilih lagu hit ‘MIROH’ yang tampak kemas kerana paduan ‘teamwork’ yang hebat antara mereka. Hyunjin yang kini berhadapan dengan tuduhan buli sejak semalam tidak patah semangat, sebaliknya masih lincah beraksi di atas pentas seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tidak berakhir di situ sebelum penyandang juara Mnet Road To Kingdom pula membuat persembahannya. The Boyz memilih persembahan The Stealer (epic ver.) menunjukkan dominasi mereka di atas pentas. Seperti juga Hyunjin, Sunwoo yang berdepan dengan tuduhan buli juga tidak sesekali beralih fokusnya bagi memastikan The Boyz sentiasa di hadapan.

Atas ke bawah: Hyunjin dan Sunwoo.

Persembahan intro berakhir dengan iKON membuat persembahan HYTHM TA (kingdom ver.). Walaupun iKON mungkin tampak tempang tanpa kelibat Hanbin (B.I.) selaku ketua kumpulan mereka sebelum ini, namun ikON akan tetap menggandakan usaha gigih mereka bagi memastikan iKON dinobatkan sebagai juara Mnet Kingdom.

Sempena penyiaran Mnet Kingdom buat pertama kali pada 1 April 2021 nanti, Mnet Kingdom memanjangkan tempoh undian ke tarikh 27 Feb 2021. Undian dibuka untuk peminat di serata dunia menerusi aplikasi Whosfan, dan mereka tidak dibenarkan sama sekali menyiarkan mana-mana kandungan video persembahan di luar cabang Mnet bagi memastikan peratusan markah dan undian terjamin kredibilitinya.

Sumber: newsen 

loading...