Skandal buli mula menular di Korea dewasa ini dengan beberapa orang selebriti Korea telah terpalit di dalam tuduhan buli melibatkan rakan-rakan sekolah mereka pada suatu ketika dulu.
Bermula dengan Woonggi TOO dan diikuti dengan pelakon Jo Byung Gyu, beberapa nama selebriti Korea tersohor mula didedahkan oleh netizen yang mengaku diri sebagai bekas rakan sekolah mereka di dalam siri pengakuan dibuat menerusi laman forum komuniti tempatan, Nate. Diinspirasikan daripada kisah dua orang kembar daripada barisan atlet bola tampar kebangsaan terkemuka, Lee Jae Yeong dan Lee Da Yeong yang telah didapati membuli bekas rakan sekolah terdahulu sehingga membawa kepada pengunduran mereka daripada barisan atlet kebangsaan, skandal buli meliputi beberapa orang selebriti Korea ini antara terbesar pernah didedahkan sejak gerakan #metoo yang menyaksikan skandal Burning Sun tertular pada dua tahun dulu.
-
Woonggi TOO
Woonggi TOO ialah selebriti pertama yang dikaitkan dengan tuduhan buli. Tuduhan buli tersebut dibuat oleh rakan sekolah lain selepas pendedahan kebaikan yang dilakukan oleh Woonggi TOO bagi menasihati rakan-rakan sekolahnya daripada mengabaikan penjarakkan sosial sebelum itu.
2. Jo Byung Gyu
Jo Byung Gyu berhadapan tuduhan buli daripada tiga netizen netizen yang berbeda. Satu daripadanya didapati palsu. Bagaimanapun, beliau cuba bersabar dengan tuduhan buli tersebut dan menyerahkan segalanya pada siasatan polis. Jo Byung Gyu membuat kenyataan penuh beremosi menerusi laman instagram-nya pada 23 Feb 2021:
“Ada orang mengaku sebagai kenalan aku di New Zealand menggunakan foto secara sebarangan tanpa kebenaran rakan kes lain. Kami tidak pernah berkaraoke malah jauh sekali melakukan kekerasan. Orang ini sudah pun memadamkan hantarannya itu dan sedang memeriksa samada permohonan maaf yang dibuat bukan sebab kerana kerana diugut. Tidak benar sama sekali aku suka bermain bola sepak sejak kecil, malah jauh sekali menendang anak orang sesuka hati (tuduhan dibuat oleh “B”). Pada semester kedua darjah tiga sekolah rendah, aku sudah pun berpindah ke Bucheon. Jadi, aku tak pernah sama sekali memeras ugut atau menunggang motosikal seperti didakwa. Aku pernah mengimpikan menjadi pemain bola sepak dan cuba berkawan dengan mereka. Tapi tanpa kusedari aku tak lagi terbebas daripada kenangan lalu di mana aku tak berapa kenali pun mereka. Aku ditohmah dengan foto tak berkait pun. Aku takut untuk cuba menulis kerana orang boleh nilai aku sesuka hati, jadi aku padamkan akaun dan hantaran aku. Kenapa aku jadi sasaran daripada mereka, dan kenapa aku kena jelaskannya satu persatu? Aku tidak boleh lagi tahan kerana disalahfaham gara-gara foto dan ayat tak berkait pun, jadi aku tak mampu lagi nak balas tuduhan itu satu-persatu. Aku hanya tunggu keputusan siasatan polis. Mohon bersabar.”
3. Hyunjin Stray Kids
Pada 22 Februari 2021, seorang netizen menuduh Hyunjin membulinya di dalam laman ‘chat room’. Dipetik daripada kenyataan netizen itu,
“Dia tak suka aku apabila mengarahkannya menutup pintu kelas disebabkan dia duduk di belakang kelas. Kawan aku kena buat tugasan makanan tengah hari kerana nama dia tiada di dalamnya. Hyunjin tak suka dan marah-marah kawan aku sambil cakap, ‘Aku tak sukalah kau dapat makan banyak-banyak untuk tengah hari. Kaulah sebab kenapa orang lain tak dapat makan tengah hari. Kau jadi begitu sebab kau tiada mak.’ Cara dia hina, buli kawan aku sehingga mahu memukulnya betul-betul mengejutkan.”
Bagaimanapun tuduhan buli tersebut dinafikan kawan-kawan kelas lain yang mengatakan Hyunjin seorang yang baik dan suka bersosial, malah dia juga pernah diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai ketua kelas. Berikutan pendedahan tersebut, JYP mahu mengambil bertindak tegas terhadapnya selepas mendapati khabar angin itu dilakukan dengan niat yang jahat.
Tidak berhenti di situ saja, pada 23 Feb 2021 hari ini, seorang netizen lain pula mendakwa dia ialah alumni sekolah dan pernah menyaksikan Hyunjin menyumpah-nyumpah cikgu sekolahnya. Netizen itu turut menasihati JYP agar menitikberatkan soal personaliti seseorang berbanding rupa yang disalahanggap sebagai naif.
4. Chuu LOONA
Pada 22 Feb 2021, seorang netizen yang mengaku sebagai rakan sekolah Chuu LOONA, mendakwa Chuu dan seorang lagi kenalan lain, J*B telah menyebabkan dia dipulaukan kawan-kawannya.
“J*B dan Kim Jiwoo telah memulau aku sehingga kawan baik aku sudah menjauh dirinya daripadaku juga. Kim Jiwoo cakap kat kawan aku A yang akulah penyebab dia dipulaukan. Kemudian, mereka mengajak aku di dalam laman chatroom dan menghina aku di dalamnya. Mereka juga cuba halang aku balik ke rumah dan menggegam rambut aku semata-mata kerana aku tak meminta maaf kepadanya walaupun tak berbuat salah pun, sebaliknya dia mengecam aku lagi. Disebabkan aku tengah capai akil baligh ketika itu dan dikecam beberapa kali, aku terpaksa basuh rambut aku sebanyak 3 kali sehari”.
Blockberry Ent., agensi yang bertanggungjawab mewakili LOONA membuat kenyataan bahawa dakwaan dibuat oleh netizen berkenaan telah dimanipulasikan. Agensi akan bertindak tegas terhadap tuduhan tersebut untuk melindungi kredibiliti artis jagaannya.
5. Kim So Hye (bekas ahli I.0.I)
Pada 22 Februari 2021, seorang netizen mendakwa pernah menyaksikan Kim Sohye membuli rakan sekolahnya.
“Disebabkan seorang kawan ini tidak mendengar dia bercakap setelah sibuk tengok telefon, Kim Sohye yang berdiri di atas bangku sebelahnya, cuba menggenggam rambutnya, memaksa dia berlutut di depannya dan akhirnya memukulnya.”
S&P Ent., bertindakbalas untuk mengambil tindakan undang-undang selepas memeriksa tuduhan dibuat ke atas anak buahnya tidak berasas. Kim So Hye pernah menghadapi tuduhan yang sama pada suatu ketika dulu dan sudah pun menerima permohonan maaf. Agensi kini menyerahkannya kepada siasatan polis.
6. Soojin (G)I-DLE
Pada 20 Feb 2021, dua orang netizen mendakwa sebagai bekas rakan sekolahnya dan kakak kepada rakan sekolahnya itu, menuduh Soojin telah membulinya.
“Adik aku pergi ke sekolah menengah Waw dan lahir pada tahun 1998. Dia tinggal di Hwaseong. Perempuan yang tampar adik aku, ambil duit dia, buli dia tanpa rasa malu muncul di dalam TV. ” – Kakak ‘mangsa’
“Selepas Soojin bawa ke tandas sebuah pusat beli-belah, dia cakap, ‘Aku akan pukul kepalanya dulu’ sambil menampar muka aku. Selepas itu, dia arahkan kawan aku supaya memukul aku pula. ‘Kini tiba giliran untuk kau pukul dia pula.’ Kami terpaksa saling menampar muka antara satu lain. Dia akan memaksa aku minum baki air minumannya, dan mengambil duit aku kerana aku kena membayarnya. Dia juga ambil uniform orang lain dan memakainya tanpa memulangkannya kembali. Dia akan bising-bising di pekan sambil menunggang motor bersama jantan penyangak lain.” – ‘Mangsa’
Rentetan dengan pendedahan tuduhan buli berkenaan, Cube Entertainment membuat kenyataan menyangkal segala dakwaan tersebut dan mahu bertindak tegas terhadapnya. Belum pun sudah Cube Ent. membuat penafian, pelakon Seo Shin Ae yang terpalit dengan dakwaan buli oleh Soojin yang dibuat oleh netizen lain pada 3 Feb 2021 lalu tidak menafikannya menerusi hantaran berbentuk sindiran halus (‘Bukan alasan lagi’) dibuat olehnya di dalam laman instagram pada 22 Feb 2021 semalam.
“Kau cakap begini pada mangsa lain (dispekulasikan sebagai pelakon Seo Shin Ae), ‘Hey kau, perempuan keparat. Kau bbang– ddong–!. Kau nak buat apa lagi tanpa mak ayah?. Kau memaksa dia bergaduh tanpa sebab, malah menyuruhnya memendekkan skit.” – netizen mendakwanya pada 3 Feb 2021 lalu.
Soojin (G)I-DLE akhirnya bercakap mengenai desas-desus berkenaan dan mendakwa tuduhan berkait dengan dirinya telah dimanipulasikan.
“Ya memang betul aku pernah dikaitkan dengan hal-hal negatif ketika di sekolah dulu. Aku pernah pakai baju yang tak berapa sesuai dengan peraturan sekolah dan juga merokok kerana sifat ingin tahu kerana pernah memberontak ketika dulu. Tapi sejak itu, aku tidak lagi merokok dan cuba berubah. Tak semua perkara yang diceritakan betul. Aku sentiasa menganggap orang yang tuduh aku buli itu sebagai kawan.Aku teringat macammana aku berkongsi makanan dengannya dan pergi tengok wayang bersama-sama dia dan kakaknya. Kakaknya juga pernah bantu aku ketika seorang senior cuba mengugut aku. Terima kasih kerana memberikan aku memori yang baik. Tapi memikirkan balik hantaran dibuat olehnya tempoh hari kenapalah hubungan kami semakin beretakkan, aku pernah bergaduh dengannya kerana mendapati dia telah memungkiri janjinya berulang-ulang kali. Kerana tidak lagi tahan, aku pernah mencarut semasa cuba hubunginya dengan telefon. Kakaknya terdengar dan memarahiku. Aku minta maaf sebelum mematikan telefon. Sejak daripada itu, kami memang tidak sebulu sudah.” – Soojin
7. Mingyu Seventeen
Mingyu Seventeen dituduh oleh seseorang sebagai kaki buli ketika di sekolah dahulu.
“Semasa aku di sekolah rendah, aku menyaksikan ***gyu suka bermain bola sepak dan bergaul dengan kawan-kawan penyangak. Aku yang baru balik ke rumah ditahan oleh mereka dan diperah duit sehingga menangis. ***gyu ketawa menyaksikan aku dibuli. Dia baling penutup cola-cola ke mukaku dari 4-5 meter jauh. Apabila terkena saja muka aku, dia ketawa terbahak-bahak. Aku ingat lagi ketika ***gy dipilih melepasi ujibakat oleh Pl**, dia paksa aku kumpulkan ₩5,000 KRW (~RM14) esok itu juga. Aku cuma boleh dapatkan ₩3,300 KRW saja.” – Netizen
Bagaimanapun, netizen tersebut memadamkannya setelah usul-periksa mendapati tuduhan bulinya adalah palsu semata-mata. Pledis Ent. turut menegaskan bahawa album bergambar dimuatnaik olehnya berlainan daripada album bergambar dimiliki oleh Mingyu dan ujibakat itu berlaku ketika Mingyu berada di tingkatan 8, bukannya tingkatan 9 seperti yang didakwa.
8. Kihyun Monsta X
Pada 23 Feb 2021, seorang bekas rakan sekolah menuduh Kihyun membulinya.
“Dia salah seorang kali buli disebut sebagai ‘iljin’. Dia panggil aku ‘losers’. Aku dibuli dan dipukul. Duit aku diambil dan aku pula kena beli rokok untuknya. Dia tidaklah seterus iljin lain, tapi pernah seorang perempuan menangis kena pukul dengannya. Aku sertakan gambar Kihyun sedang minum arak dan bergaul dengan iljin sebagai bukti.”
Sehubungan dengan itu, Starship Ent. mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan tersebut selepas memeriksanya kesahihannya pada tahun 2015. Hantaran tersebut didapati sama dengan apa yang cuba dilakukan oleh netizen lain pada tahun 2015. Starship Ent. mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi tidak berbuat demikian setelah menganggap mereka akan bermuhasabah diri.
9. Aisha EVERGLOW
Aisha EVERGLOW juga dituduh membeli seseorang ketika dulu pada 22 Feb 2021.
“Aisha ialah budak sekolah di sekolah aku. Dia mula mengganggu aku selepas aku berkenalan dengan lelaki. Dia cakap laki itu bekas teman lelakinya sambil berkata, ‘Berapa lama dah kau keluar dengannya. Aku buat XX (mungkin istilah kotor ‘burit’ merujuk kepada perbuatan seks) dengannya dan kau belum lagi?’. Pada mulanya aku anggap sebagai gurauan, jadi aku biarkan saja. Tapi selepas itu, bila jumpa aku saja dia akan cakap gini, ‘Aku bau XX. Kesian ex aku jatuh cinta kerana XX. Selepas aku putus dengan lelaki itu, dia tak henti-henti ganggu aku sehinggalah satu masa jerit-jerit, ‘Hey , dia nak main XX dengan korang’. Akhirnya, aku dikaitkan imej buruk.”
Yuehua Entertainment menafikan segala tuduhan tersebut setelah memeriksanya dengan Aisha dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tohmahan itu tetap berterusan.
10. Sunwoo The Boyz
Pada 22 Feb 2021, seorang netizen yang mendakwa kekasihnya pernah menjadi mangsa buli Sunwoo, telah membuat pengakuan dengan menyertakan album bergambar.
“Dia suka sangat bergurau seks dengan orang lain. Ketika kau di sekolah menengah, kau telah ‘dating’ dengan seseorang dan pernah memukul awek aku yang bersekolah sekali dengan kau. Badannya bercalar-balar. Kau juga gelak-gelak dengan kawan kau setelah membuat komen berbaur lucar terhadap kawan sekolah perempuan. Kau tak datang ke kelas, tinggalkan sekolah untuk merokok dan minum arak beramai-ramai. Adakah ini juga perbuatan buli walaupun bukannya kekerasan secara langsung?” – Netizen.
Cre.Ker Entertainment membuat kenyataan menafikan segala tuduhan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadapnya.
11. Park Hye Soo
Pada 22 Feb 2021, seorang netizen mendakwa dia menjadi mangsa buli pelakon tersebut.
“Hey Hye Soo. Aku daripada Sekolah Menengah Dae Chung. Aku harap kau bayar balik dosa kau. Kau marah-marah ayah aku sampaikan menampar muka aku. Kau tak pernah minta maaf pada aku pun ketika kita berjumpa lagi pada usia 20 tahun, malah nak ucap hello pun jauh sekali. Kita pernah rapat dahulu, tetapi aku kini trauma kerana terkesan dengannya dan tidak akan sesekali menguburkannya. Jika kau nak saman aku kerana ini, bermakna kau tak berhati perut dan aku takkan berduduk diam.” – Netizen B
Pendedahan buli ke atas Park Hye Soo itu turut disokong oleh rakan sekolah yang lain yang menjadi saksinya dan mahu meminta netizen B tidak memadamkannya seperti yang dibuat oleh netizen A sebelumnya. Sebelum ini, Park Hye Soo didakwa telah membaling kotak makanan tengah hari milik netizen A dari atas bangunan bertingkat 10, menghina, menariknya ke meja guru, dan memotong rambutnya. Bagaimanapun, hantaran netizen A telah dipadamkan.
Sehubungan dengan itu, Studio Santa Claus Ent. bertindakbalas menafikan dakwaan tersebut. Skandal buli tersebut menyebabkan promosi drama lakonannya, Dear M bersama Jaehyun NCT terpaksa ditangguhkan.
12. Kim Dong Hee
Seorang netizen mendakwa pernah menyaksikan Kim Dong Hee membuli pelajar OKU.
“Kim Dong Hee menyarungkan E-rokok di lehernya dan seringkali merokok di dalam kelas. Dia pernah menampar muka pelajar OKU lain.” – Netizen.
Pelakon berbakat yang menempa populariti menerusi drama Netflix Extracurricular ini, menafikan dakwaan dirinya sebagai kaki buli dan menyamakan insiden yang sama itu berlaku pada tahun 2018 menerusi agensinya, NPIO Entertainment.
13. Soyeon (G)I-DLE
Selain Soojin, Soyeon juga dituduh oleh seseorang sebagai kaki buli.
“Kau cakap masa hari jadi aku. Aku kena bagi orang makan dan beli apa yang kau nak. Ada lagi insiden lain aku malas nak cakap. Tetapi, aku nak cakap yang aku berasa sukar untuk menerimanya dan pernah terfikir untuk berpindah sekolah ke luar negara.” – Netizen
Sumber: N/A, soompi