Kim Nam Gil sah menjadi pemburu ‘Goblin’ di samping Seo Ye Ji di dalam drama terbaru OCN Island

May be a closeup of 2 people and text

Kim Nam Gil dan Seo Ye Ji sah akan membintangi drama terbaru terbitan OCN, ‘Island’ bersama.

OCN Island, yang diadaptasikan daripada webtoon dengan judul sama, berkisarkan tentang rahsia terpendam di kepulauan Jeju di mana puluhan hantu ‘Goblin’ berlegar-legar untuk membunuh manusia. Kim Nam Gil akan memegang watak paderi Kumasa yang tidak mempunyai berperasaan dan kekal abadi, yang akan memastikan nasib Won Mi Ho (lakonan Seo Ye Ji) tidak berakhir dengan tragedi apabila gadis perawan itu menjadi sasaran hantu ‘Goblin’.  Won Mi Ho merupakan anak bangsawan terkaya di pulau tersebut dan memilih untuk bekerja menjadi cikgu pendidikan moral di sekolah menengah tinggi.

Baca lagi: Temuduga eksklusif : “Mereka kata Kim Hae-il hanya satu saja, Kim Nam-gil…HaHaHa” – Kim Nam Gil berseloroh tentang ‘responds’ penonton

Ini merupakan lakonan kedua Kim Nam Jil sebagai paderi selepas SBS The Fiery Priest pada tahun 2019 manakala OCN Island bakal menjadi projek susulan Seo Ye Jin selepas mempamerkan lakonan yang memberangsangkan di dalam tvN It’s Okay Not To Be Okay baru-baru ini. Untuk makluman, kedua-dua drama ini boleh disaksikan di Neflix sekarang!.

OCN Island yang mendapat sentuhan pengarah Bae Jong dan penulis skrip tersohor daripada bidang perfileman, Jang Yoon Mi ini, dijangka akan ditayangkan dalam 10 episod saja menjelang pertengahan tahun hadapan.

Sumber: dispatch, IS Plus, ytn,

loading...