Bekas pelakon kanak-kanak, Kim Seok ditangkap selepas disyaki mahu menyebarkan video bogel teman wanitanya

May be an image of 2 people and text

Bekas pelakon kanak-kanak yang kini pemain equestrian (“penunggang kuda”) kebangsaan, Kim Seok ditangkap polis selepas didapati cuba mengugut teman wanitanya dengan niat mahu menyebarkan gambar bogel mangsa.

Kim Seok didapati telah merakamkan gambar bogel mangsa dikenali sebagai B, yang mana beliau pernah menjalinkan hubungan pada Julai tahun lepas dan mengugut mahu menyebarkan gambar atau video mangsa pada sekitar Disember hingga Januari sekiranya mereka berpisah.

Menurut siasatan polis, Kim Seok telah dikatakan telah meminjam duit daripada B sebanyak 140 juta won (~RM508,290) dengan separuh daripada jumlahnya adalah hasil menggertak mangsa berkait dengan video atau gambar yang mahu disebarkan. Akibatnya, polis telah mengeluarkan waran tangkapan selepas yakin dengan bukti yang dipersembahkan oleh B.

Antara drama lakonan Kim Seok sebelum menjadi atlet kebangsaan sepenuh masa ialah MBC Queen Seondeok, MBC Jumong, MBC Princess Hours dan MBC The Legends. Sebagai penunggang kuda, beliau pernah bertanding di Sukan Asia 2020 di Guangzhou dan Sukan Asia 2014 di Incheon.

Sumber: donga

loading...