Keluar ‘military’ seminggu saja lagi, adakah G-Dragon akan pulihkan YG kembali ke zaman kegemilangannya?

G Dragon atau nama sebenarnya, Kwon Ji Yong dikatakan akan menamatkan latihan khidmat negara pada 26 Oktober ini, sebulan lebih awal daripada apa yang dijangkakan, yakni 21 bulan yang lazimnya tempoh bagi seseorang menghabiskan khidmat ketenteraan. G Dragon menyertai Barisan Regimen Infantri Ketiga di Gangwon Cheolwon.

Perjalanan hidupnya semasa tempoh berkhidmat tidak begitu mudah. Pada tahun lepas, G Dragon dilaporkan mengalami kecederaan pada bahunya menyebabkannya terkandas di dalam hospital tentera. Sewaktu di dalam kem latihan, G-Dragon dikatakan tak berapa selesa apabila dikaitkan dengan skandal melibatkan bekas rakan sekumpulannya, Seungri. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, G Dragon telah menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Kwon Dami dan pelakon Kim Min Joon dan mengemaskini laman instagram-nya dengan hantaran berkias, menandakan kebangkitannya untuk melakukan sesuatu selepas selesai menjalani latihan khidmat negara.

Katanya seperti dipetik, “Jadilah diri sendiri. Biarkan dunia ini berputar tanpamu. Ia takkan tamat walaupun tanpamu, dan jangan ambil sesuatu perkara terlalu serius.”

Pengaruh G-Dragon tak dapat dinafikan kehebatannya di dalam industri kpop baik dari segi bakat penulisan lagu, karisma persembahan di atas pentas mahupun penyohoran fesyennya yang sering menjadi ikutan orang ramai. Hal ini kerana apa saja keputusannya bergerak secara solo, samada secara terpaksa atau sukarela, seringkali diperkatakan. Big Bang, kumpulan yang diterajuinya selama ini, pula akan menghimpunkan kesemua ahli tanpa Seungri sekurang-kurangnya menjelang awal tahun hadapan. Kedua-dua Daesung dan Taeyang masih menjalani latihan khidmat negara manakala TOP pula masih berkira-kira untuk membuat kemunculan semula, kendatipun pernah menyuarakan hasratnya untuk bersara lebih awal kerana dihimpit dengan masalah membabitkan penyalahgunaan dadah dan kontroversi membabitkan bekas pelatih YG, Han Seo Hee. G Dragon sendiri pun pernah ditangkap menghisap ganja dan ia tak cukup untuk menjejaskan kerjayanya selaku selebriti paling berpengaruh di Korea pada suatu masa dulu.

YG amat memerlukan G Dragon dan Big Bang untuk memulihkan imej syarikat itu yang telah tercemar akibat skandal Burning Sun. Walaupun Blackpink, Winner, dan AKMU masih mampu meraih jualan single dan album yang agak baik di Korea dan juga luar negara, namun G Dragon, artis yang ditatih mereka sejak hampir 20 tahun yang lalu, sebenarnya ialah penyelamat yang sebenar.

Sumber: newsis, world daily, NST , instagram Kwon Ji Yong

loading...