iKON sah akan buat “comeback” album terbaru berbaki beberapa minggu saja lagi

May be an image of 6 people

Kumpulan kpop tersohor, iKON akan membuat “comeback” album terbaru dalam masa terdekat ini.

Menurut poster yang dimuatnaik oleh agensinya YG Ent. sebenar tadi, iKON disahkan akan mengeluarkan album terbaru pada tarikh dan waktu yang belum ditetapkan lagi. Bagaimanapun, sumber terdekat memaklumkan bahawa iKON merancang pelancaran album berkenaan sekitar bulan Mac depan, bermakna berbaki beberapa minggu saja lagi sebelum tarikh sebenar itu tiba.

iKON kini telah dirombak dengan enam orang ahli saja selepas bekas ketua ahli kumpulan mereka, Kim Hanbin (B.I.) keluar selepas dituduh menyalahguna dadah sebelum ini. Kali terakhir iKON mengeluarkan album adalah pada Februari 2020 lalu dengan ‘Lucky Man’ mencatatkan rekod jualan agak memberangsangkan di dalam carta-carta muzik tempatan.

Dilaporkan juga pengeluaran album itu dibuat sebulan lebih awal bagi memudahkan iKON mengikuti rancangan realiti tv survival, Mnet Kingdom yang berlangsung pada April depan.Malah, aktiviti solo Bobby baru-baru ini terpaksa dihentikan serta-merta bagi memberikan laluan pada “comeback” ini.

iKON dikenali kerana lagu popular mereka seperti ‘Love Scenario’, ‘Killing Me’ dan ‘Goodbye Scenario’.

Sumber: donga

loading...