Drama “Mr. Queen” raih rating kelima tertinggi dalam sejarah tvN, hanya di belakang “Crash Landing On You” saja

May be an image of 2 people and people standing

Drama tvN Mr. Queen baru melabuhkan tirainya dengan mencatatkan purata ‘ratings’ agak tinggi untuk episod terakhirnya semalam.

Menurut Nielsen Korea, episod ke-20 tvN Mr. Queen semalam telah merekodkan ratings sebanyak 17.4% dengan nilaian tertinggi sebanyak 19.3% telah dicatatkan, sekaligus meletakkan drama itu no.1 di hadapan kesemua cenel sepanjang dalam tayangan.

Maka dengan itu,  tvN Mr. Queen hanya di belakang “Crash Landing on You,” “Goblin,” “Reply 1988,” dan “Mr. Sunshine” untuk perolehan ‘ratings’ kelima terbaik di dalam sejarah tvN. Untuk rekod terbaik di dalam sejarah tv kabel, tvN Mr. Queen berada di tangga ketujuh dengan jtbc The World of Married dan jtbc Sky Castle mendahului di dua tangga teratas.

tvN Mr. Queen yang diadaptasikan daripada drama keluaran tanah besar China berjudul Go Princess Go, dipuji kerana memaparkan jalan cerita mengasyikkan dengan lakonan bersahaja dan berjenaka slapstick daripada pelakon utamanya, Shin Hye Sun.

Sumber: newsen

loading...