Han Bin (B.I) ikON mengaku bersalah kerana menghisap ganja

Hanbin atau dikenali sebagai B.I, bekas ahli kumpulan iKON, telah mengaku bersalah dalam separuh pertuduhan menghisap ganja setelah disoal-siasat polis semalam.

Menurut laporan daripada sumber terdekat, Hanbin telah dibawa untuk disoal-siasat semalam, 17 September 2019, untuk membantu siasatan berhubung pembelian dan penyalahgunaan dadah jenis ganja berdasarkan kenyataan saksi bernama Han Soo Hee sebelum ini. Hanbin telah disoal-siasat selama 14 jam dan akhirnya mengaku bersalah separuh daripada pertuduhan tersebut. Hanbin bakal didakwa di mahkamah di atas pertuduhan menghisap ganja.

Sebelum ini, Hanbin membuat pengumuman mengejutkan keluar daripada kumpulan iKON yang diterajuinya selama ini. Disebabkan iKON yang sangat sinonim dengan dirinya lagi-lagi beliau banyak menyumbangkan lagu untuk kumpulan tersebut, majoriti peminat ikONics di seluruh dunia dikatakan tidak boleh menerima pengundurannya daripada kumpulan tersebut lalu mendesak YG menerimanya kembali dengan tanda pagar sokongan terhadapnya di dalam laman sosial sejak beberapa minggu yang lalu.

Sumber: xsportnews , newsis , kbs news

loading...