Changkyun (I.M.) Monsta X cetus kemarahan umat Islam selepas memakai T-Shirt tertulis kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’ untuk projek album solonya

May be an image of 2 people and text that says 'DUALITY I'

Im Changkyun, atau lebih sinonim digelar I.M. daripada kumpulan Monsta X hari ini mencetuskan kemarahan netizen Islam gara-gara memaparkan dirinya memakai T-Shirt tertulis kalimah ‘بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ‘ (bermaksud ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang’) yang lazimnya digunakan oleh umat Islam setiap kali membaca surah Al-Fatihah, doa dan lain-lain.

Changkyun difahamkan meletakkan gambar beliau memakai T-Shirt berkenaan sebagai salah satu ‘cover’ album solo pertamanya, dipercayai sekadar hiasan dan kekagumannya terhadap hasil seni khat itu.

 

Bagaimanapun, ia menerima kecaman umat Islam hari ini terutamanya dalam kalangan peminat kpop rata-ratanya berikutan kalimah tersebut tidak boleh dipermainkan untuk tujuan seni estetika. Sebelum ini, kumpulan kpop NCT pernah dikecamkan kerana mempamerkan barangan menyerupai kaabah diletakkan bersebelahan dengan figura mereka.

Agensi Starship Entertainment sedang dihubungi untuk sebarang kenyataan lanjut.