Hina Islam, barangan menyerupai kaabah diletakkan bersebelahan dengan figura NCT

Image may contain: 7 people, people sitting

SM Entertainment hari ini dikecam oleh sebilangan besar netizen, rata-ratanya umat Islam, di atas keterlanjuran menghasilkan barangan menyerupai kaabah yang diletakkan bersebelahan dengan figura setiap ahli NCT untuk peminat.

Difahamkan model yang menyerupai kaabah itu berlapikkan seni bina masjid berbanding kiswah yang lazimnya digunakan untuk kaabah sebenar di kota Mekah.  

Namun, ia sudah cukup mencetuskan kemarahan umat Islam yang memandangnya sebagai unsur-unsur penghinaan apabila diletakkan figura berbentuk artis idola yang dipuja-puja bersebelahan dengan model berbentuk kaabah. Kaabah ialah tempat di mana umat Islam bersolat berkibatkan ke arahnya.

SM Entertainment dikatakan berbuat demikian sempena meraikan permintaan peminat NCT terhadap cenderahati lagu ‘Make a Wish’ yang diinspirasikan daripada hikayat Timur Tengah seperti Pengembaraan Sinbad dan Aladdin. Meskipun begitu, konsep tersebuttelah dicampur-adukkan dengan menerapkan budaya Parsi dengan tatacara agama Hindu serta seni bina Islam menyebabkannya tampak agak keterlaluan dan tidak lagi sesuai untuk dijadikan barangan atau perkakas hiasan yang dipuja oleh peminat. Susulan dengan itu, SM Entertainment telah digesa membuat permohonan maaf dengan tanda pagar #SMStopDisresectingIslam tertular di ruang twitter sejak dari tadi.

Sumber: twitter

loading...