Jimin & Taehyung BTS ungguli senarai mahu diserahkan coklat sempena ‘Valentine Day’ hari ini

May be an image of 2 people and indoor

Jimin dan Taehyung BTS mendahului senarai lelaki yang direbut-rebut oleh kaum hawa untuk menerima hadiah Coklat sempena ‘Valentine Day’ pada 14 Februari 2021 hari ini dalam kaji selidik berbeza yang dijalankan masing-masing.

Menurut kajian selidik dilakukan oleh Seven Edu dengan 24,625 orang ditemubual secara rawak di Korea, Jimin BTS meraih undian tertinggi disusuli dengan Kang Daniel (36.5%), Lee Seung Gi (5.8%), Park Bo Gum (6.6%) dan Cha Eun Woo(0.4%). Kang Daniel pernah mendahului senarai ini pada tahun dua tahun lepas sebelum diambil tempatnya oleh Jimin BTS pula untuk dua tahun berturut-turut.

Dalam undian besar-besaran dibuat menerusi aplikasi choeaedol, Taehyung BTS pula mengunggulinya dengan undian sebanyak 58,158. Peti undian tersebut yang dibuka bermula 4 hingga 12 Feb 2021 lalu menyaksikan sejumlah 162,921 orang mengundi.  Bergelar sebagai ‘PR Fairy‘ dalam kalangan pengguna Weverse kerana mudah berinteraksi dengan peminat, wajah Taehyung seringkali menjadi dambaan peminat menerusi TC Chandler mahupun kalangan rakan seangkatan idol yang sama.

Tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari sambutan buat pasangan-pasangan yang sedang bercinta dengan para lelaki akan menghadiahkan kekasih mereka dengan sebentuk coklat.

Sumber: tenasia, spottvnews

loading...