Gugur air mata jantan, Yoon Dujun Highlight terharu lihat kegigihan Mina TWICE cuba raih emas di ISAC walaupun sudah tewas sebelumnya

May be an image of 4 people

Yoon Do Joon (Dujun) meluahkan rasa terharu terhadap kegigihan Mina TWICE yang cuba meraih emas gimnastik di Idol Star Athletics Competition (ISAC) setelah gagal berbuat demikian beberapa kali.

Dalam rancangan khas terbitan MBC, New Year’s Special Hall of Fame pada 12 Feb 2021 semalam, pihak produksi menayangkan semula video klip tentang sukan gimnastik berirama yang pernah ditandingkan sebelum ini. Klip video menunjukkan Cheng Xiao WJSN berjaya dinobatkan pemenang pingat emas sukan tersebut untuk siri XI setelah menumpaskan pesaing-pesaingnya termasuklah Mina TWICE. Tangisan kegembiraan dapat dilihat di wajah Cheng Xiao WJSN.

Kendatipun begitu, di sebalik kegembiraan Cheng Xiao, jelas kekecewaan terpancar di wajah Mina. Video klip menunjukkan Mina menangis kerana tidak dapat mempamerkan persembahan yang terbaik di atas pentas. Rakan-rakan TWICE yang lain seperti Momo dan Sana turut mengesatkan air mata menyaksikan pengakuan Mina tersebut. Mina yang pernah berlatih tarian balet selama 11 tahun, membuat kesalahan ketika cuba mendapatkan markah dengan melakukan beberapa pergerakan menarik.

Selepas empat bulan kemudian, Mina mahu mencabarkan dirinya sekali lagi. “Aku akan buat sekali lagi supaya ‘permohonan maaf’ tiada lagi dalam kamus hidup. Aku tidak akan menangis,” katanya.

Dalam cabaran berikutnya di dalam ISAC siri XII, Mina yang berjaya memperbetulkan kesalahan yang pernah dibuatnya sebelum ini, akhirnya memenangi pingat emas, lantas berkongsi kegembiraan itu kemudiannya dengan rakan-rakan TWICE lain. Video klip paparan kisah tersebut diberhentikan seketika.

“Dujun menangis,” kata hos Jeon Hyun Moo. “Aku menangis sebab menyaksikan Mina yang begitu kecewa dengannya,” kata Dujun sambil menangis.

“Masa ‘game’ ini kesemua ahli kumpulan kami cuba keluarkan segala-galanya. Sekiranya berbuat silap, kau akan rasa gugup dan cuba menahan nafas seolah-olah merasa diri pernah buat silap atau tidak,” tambah Seunghee Oh My Girl menceritakan pengalamannya.

MBC New Year’s Special Hall of Fame turut mengundang Yoon Doo Joon Highlight, Bomi Apink , Seung-hee Oh My Girl, Hyunjae The Boyz, Hyunjin Stray Kids, Lia dan Yeji ITZY, serta Moonbin Astro. Ia dihoskan bersama oleh Jeon Hyun Moo dan Leeteuk Super Junior.

Sumber: xsportnews

loading...