“Cita-citaku nak jadi trak bomba” – Jeno NCT tak berangan pun nak jadi artis Kpop sejak kecil lagi

May be an image of 2 people

Jeno NCT mengimbau kembali kenangan menyaksikan Idol Star Athletics Competition (ISAC) buat pertama kali seawal usia 11 tahun.

Diperkenalkan oleh Jeon Hyun Moo, hos rancangan khas terbitan MBC, New Year’s Special Hall of Fame, sebagai pemenang pingat emas sukan memanah edisi ISAC tahun 2020 lalu, Jeno NCT cuba mengingatkan kembali kenangan menyaksikan sukan itu di kaca televisyen ketika dulu.

“Aku tak ingat sebenarnya kerana masih samar-samar. Masa itu tak terfikir pun nak jadi idol kerana cita-citaku nak jadi trak bomba,” kata Jeno NCT sambil berseloroh.

“Kau nak jadi ahli bomba ke?,” tanya Jeon Hyun Moon yang nyata terkejut dengan jawapan Jeno.

“Cita-citaku memang nak jadi trak bomba, bukannya ahli bomba. Tak tau sebab apa. Apapun, aku memang nak jumpa sangat dengan abang Hyun Moo kerana seronok berbual sama,” jelas Jeno NCT.

MBC, New Year’s Special Hall of Fame turut mengundang Yoon Doo Joon Highlight, Bomi Apink , Seung-hee Oh My Girl, Hyunjae The Boyz, Hyunjin Stray Kids, Lia dan Yeji ITZY, serta Moonbin Astro. Ia dihoskan bersama oleh Jeon Hyun Moo dan Leeteuk Super Junior.

Sumber: xsportnews

loading...