“Jangan tinggalkan kami, Hui” – Perginya bakal dirindui, Pentagon belum rela melepaskan Hui

May be an image of 7 people

Seperti sedia maklum, Hui akan menyertai latihan ketenteraan berkuatkuasa pada 18 Februari 2021 ini. Menurut Cube Entertainment, Hui akan berkhidmat sebagai pekerja sosial sebaik saja menjalani latihan asas ketenteraan selama empat minggu selepas perancangan untuk membawanya masuk latihan ketenteraan pada 3 Disember 2020 dulu tertangguh kerana jangkitan pandemik Covid-19.

Walaupun Pentagon terpaksa melepaskan E’dawn sebelum ini, namun pemergian Hui kali ini seakan-akan menjadi hukuman berat buat Pentagon yang mula mendapat perhatian penggemar muzik kpop selepas menyertai Mnet Road To Kingdom dan memenangi Best Icon Award di dalam Asian Artist Awards sebelum ini. Hui merupakan ketua kumpulan mereka sejak Pentagon mula aktif pada tahun 2016. Kini, Pentagon hanya dibarisi 8 orang ahli yang sedang aktif iaitu Hui, Shinwon, Hongseok, Wooseok, Yan Ah (ahli berbangsa China), Yuto (ahli berbangsa Jepun), Yeo One, dan Kino.

Baca lagi: PENTAGON akhirnya gapai kemenangan manis pertama di dalam ‘music show’ selepas 4 tahun memerah keringat

Bagi meraikan pemergian Hui, Pentagon mengeluarkan album mini kesepuluh mereka, We:th  dengan lagu ‘Daisy’ sebagai single utama dan lagu solo nyanyian Jinho (kini sedang berkhidmat dengan ketenteraan). Single seterusnya, ‘Eternal Flame’ dikeluarkan pada 18 Disember lalu.

Di dalam temuduga bersama Star News, Shinwon bersedia untuk menggantikan tempat Hui buat sementera bagi mengisi kekosongan dua orang ahli mereka yang terpaksa menjalani latihan ketenteraan. “Saya sudah rancang berbagai-bagi aktiviti secara berkumpulan dan cuba untuk isikannya dengan masing-masing akan berkerja di dalam bidang diperuntukkan,” katanya.

Ditanya apa pula perancangan ahli-ahli yang lain pula, Hui menjelaskan dia baru-baru ini berpeluang untuk keluar makan bersama-sama dengan Jinho dan Hongseok di mana dia kemudiannya dipertemukan dengan seorang pemilik kedai yang menghadiahkan mereka lempeng (“pancake”) kentang. “Makcik itu ternampak Hongseok berlakon di dalam SBS Phoenix hahaha. Wooseok pun katanya minat berlakon juga nanti,” kata Hui.

Yeo One pula mengesyorkan yang lain-lain untuk menonton drama kedua lakonan Yan’an yang akan bersiaran tak lama lagi. “Dalam drama ini, saya jadi adik kepada watak utama perempuan. Walaupun saya tak suka cakap banyak dan suka berfasionista, tapi dalam drama ini, saya jadi lebih berani dan kelakar haha,” sambung Yan’an pula.

Harapan Pentagon ialah supaya peminat tidak bosan dengan muzik yang cuba dibawa oleh mereka. “Saya sudah dengar dan gubah macam-macam lagu. Saya akan pastikan muzik dan suara Pentagon sentiasa tidak bosan walau ditelan masa,” ujar Kino pula.

Mengakhiri temuduga mereka, Hui meminta peminat sentiasa menyokong Pentagon meskipun tanpa ketiadaannya dan memaklumkan bahawa Jinho juga bakal kembali pada November 2021 ini.

Sumber: star news

loading...