PENTAGON akhirnya gapai kemenangan manis pertama di dalam ‘music show’ selepas 4 tahun memerah keringat

Image may contain: 8 people

PENTAGON meraih kemenangan sulung buat pertama kali di dalam mana-mana “music show” sejak debut pada empat tahun yang lalu menerusi SBS The Show sebentar tadi.

PENTAGON melakukannya dengan persembahan lagu ‘Daisy’, menewaskan Weki Meki dan Weeekly masing-masing menerusi lagu “Cool” dan “Zig Zag”. Laman sosial rasmi PENTAGON berkongsikan berita gembira tersebut dengan berkata, “Momen ini terjadi kerana Universe, mari kenang masa kita bersama.” Ahli-ahli PENTAGON dilihat mengukirkan senyuman dan menangis, barangkali lega atas pencapaian dibuat setelah empat tahun memerah keringat.

PENTAGON mengeluarkan album mini kesepuluh, We:th pada 12 Oktober 2020 susulan album studio pertama mereka, “Universe : The Black Hall” pada 12 Februari 2020. Limpahan populariti diperolehi oleh PENTAGON sejak menyertai Mnet Road To Kingdom menyebabkan album ‘We:th’ meraih sebanyak 64,045 unit di dalam seminggu mengatasi rekod daripada album terdahulu.MV Daisy turut memperoleh jumlah tontonan sebanyak 13 juta penstriman sejak dilancarkan seminggu yang lalu.

Sumber: newsen

loading...