Tuah nyanyikan lagu Blackpink, PENTAGON & ONF menangis dinobatkan juara Road To Kingdom minggu ini

Image may contain: 4 people

Setelah mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial pada minggu lepas berikutan langkah mengejutkan pihak produksi untuk menyingkirkan Golden Child serta-merta kerana mendapat markah terendah sekali, Road To Kingdom kembali semula menjengah penonton dengan menobatkan juara lain pula pada pusingan kali ini.

Penyandang juara minggu lepas, The Boyz berganding bahu dengan OneUS untuk menyesaikan tugasan menyanyikan lagu Heroine yang pernah dipopularkan oleh Sunmi, manakala TOO berganding bahu dengan VeriVery bagi menyanyikan lagu ON oleh kumpulan BTS. Akhir sekali, Pentagon dan ONF diberi tugasan untuk menyempurnakan persembahan lagu Kill This Love, nyanyian asal kumpulan Blackpink.

Cabaran menyanyikan lagu penyanyi perempuan bukannya sesuatu yang mudah buat The Boyz dan OneUS, malah PENTAGON dan ONF juga. Namun, sebaik saja diumumkan pemenang juara untuk pusingan kali ini, debaran menanti samada wujud lagi penyingkiran kumpulan seterusnya.

Hos Lee Dae Hee seterusnya mengumumkan PENTAGON dan OnF ialah pemegang takhta ‘Road To Kingdom’ minggu ini dengan markah sebanyak 5000. Tangisan mengiringi pengumuman penuh bermakna buat kedua-dua kumpulan itu apabila gandingan mereka berjaya menundukkan penguasaan The Boyz sehingga tersadung ke kedudukan terbawah bagi pengumpulan mata yang terendah.

Wyatt OnF berterima kasih pada Pentagon sambil berkata, “Saya tak percaya, sebab itu dari tadi saya menjerit-jerit. Terima kasih Pentagon kerana berikan kami peluang.” Manakala Kino Pentagon pula dilihat berlutut sehingga mengalirkan air mata kerana tidak sangka nama kumpulannya dinobatkan sebagai juara. Kino berkata, “Saya begitu gembira boleh dapat no.1. Sehingga hari ini, peminat kami betul-betul berbangga.”

“Road To Kingdom”, ialah Queendom versi lelaki diterjemahkan sebagai program ‘comeback battle show’ yang disertai oleh beberapa kumpulan K-Pop seperti Golden Child, Pentagon, ONF, OneUS, The Boyz, TOO dan VeriVeri dengan masing-masing membuat kemunculan semula di mana single-single mereka akan diriliskan secara serentak.

Menurut pihak produksi Mnet, pengiraan markah berdasarkan 30% daripada pihak juri manakala 70% pula daripada undian netizen. Kesemua kumpulan tersebut akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama berdasarkan lagu siapa yang berjaya menguasai carta muzik, seterusnya ditabalkan sebagai raja kpop dalam pusingan terakhir.

Buat penonton di Malaysia, Mnet ‘“Road To Kingdom” boleh ditonton menerusi langganan di Astro On Demand.

loading...