Sedih dihina kerana status bangsanya, peminat bersolidari mahu Lisa Blackpink dihormati

May be an image of 1 person

Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban daripada kumpulan Blackpink hari ini menerima sokongan padu daripada peminat kpop setelah kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh segelintir netizen terhadapnya berhubung status dirinya yang berbangsa Siam, mendapat kecaman di seluruh dunia.

Salah satu kata-kata yang berbentuk penghinaan itu dapat dilihat dengan menggambarkan Lisa Blackpink sebagai seorang yang tidak suci (bukan lagi anak dara). Tidak dapat dipastikan punca bagaimana kata-kata hinaan itu boleh dilemparkan terhadapnya, tetapi peminat Blinks yang fasih berbahasa Turkey itu berjaya menangkap layar perbincangan yang dibuat oleh netizen-netizen yang berasal dari negara itu.

Sehubungan dengan itu, peminat Blinks di seluruh dunia menaikkan tanda pagar #RespectLisa sebagai solidari buatnya. Malah, media-media Siam juga tidak kurang menghangatkan isu tersebut, antaranya meletakkan ” Lisa BLACKPINK telah dihina. Katanya jadi perempuan Thai bersamaan dengan tidak suci” sebagai tajuk berita.

Blackpink baru saja selesai membuat persembahan menerusi Konsert Blackpink The Show kelmarin. Konsert yang disiarkan menerusi Youtube itu telah berjaya menjana pulangan sekitar RM15 juta dalam tempoh 90 minit. Menurut Youtube, konsert ‘online’ itu telah disaksikan lebih 280,000 orang penonton tidak termasuk mereka yang tinggal di tanah besar China.

Menghadirkan kejutan buat penonton, Blackpink menyanyikan ‘Sour Candy’, lagu duet yang ditulis oleh Lady Gaga untuk dimuatkan di dalam album ‘Chromatica’nya.

Sumber: posttoday

loading...