MBC Drama Awards 2020 dan MBC Korean Music Festival 2020 akan bersiaran secara eksklusif di Oh!K

Image may contain: text that says "2020MBC LCHO 2020 MBC 가요대제전 THE MOMENT 12월 30일 12월31일(목)"

Oh!K (Astro Ch 394) akan membawakan siaran langsung dua acara yang paling berprestij yang sememangnya dinantikan oleh ramai peminat kdrama dan juga kpop. MBC Drama Awards dan MBC Korean Music Festival 2020 kali ini akan disiarkan secara ekslusif di Oh!K untuk tontonan para penonton.

 

MBC Drama Awards 2020 diadakan untuk menghargai para karyawan, pelakon dan drama-drama Korea yang ditayangkan dirangkaian MBC pada tahun 2020. Anugerah ini akan bersiaran secara langsung pada 30 Disember (Rabu) mulai jam 8.05 malam dan ulangan pada 31 Disember jam 4.40 petang di Astro Oh!K ch 394. Ramai peminat di Malaysia terutamanya tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal memenangi kategori yang dipertandingkan seperti Best Couple Award, Best New Actors/Actress Awards to the top Excellence Awards, Drama of the Year dan Grand Prize (Daesang) .

Antara drama-drama yang telah ditayangkan dirangkaian MBC sepanjang tahun 2020 adalah “The Game : Towards Zero”, “365 : Repeat The Year”, “Find Me In Your Memory”, “Chip-In”, dan yang terbaru “Kairos”. Pada tahun lepas, Kim Dong Wook telahpun memenangi Daesang menerusi drama “Special Labor Inspector, Mr. Jo” dan Drama of the Year pula dimenangi oleh “Extraordinary You” . Giliran siapa pula yang akan menang pada tahun ini? Jangan lupa untuk saksikan siaran langsung anugerah ini. Mana tahu pelakon dan drama kegemaran korang yang akan menang. 

Tidak cukup dengan MBC Drama Awards, Oh!K juga akan turut menyiarkan MBC Korean Music Festival atau dikenali dengan nama MBC Gayo DaeJeJeon 2020 secara langsung dan akan dihoskan oleh Kim Seon Ho (Good Manager, Start-Up, 2 Days & 1 Night Season 4), YoonA (Girls’ Generation’s) dan Jang Sung Kyu. MBC Korean Music Festival akan disiarkan pada 31 Disember, jam 8.05 malam dan siaran ulangan pada 1 Januari 2021 jam 5 petang. Ramai artis-artis popular K-pop dijangka akan membuat persembahan hebat pada acara berprestij tahunan tersebut.

Apapun, pihak MBC telah mengumumkan bahawa Refund Sisters, kumpulan wanita yang telah mengungguli carta-carta muzik akan membuat penampilan dikedua-dua acara tahunan MBC berkenaan. Refund Sisters dianggotai oleh Lee Hyo-ri, Jessi, Hwasa MAMAMOO, dan Uhm Jung-hwa. Kumpulan ini terbentuk menerusi rancangan variati MBC Hangout with Yoo.

Ini adalah masa yang tepat dan paling sesuai untuk menonton semula atau kali pertama menonton drama Korea kegemaran anda di Oh! K sepanjang cuti ini, dan ia mungkin satu cara yang baik untuk mempersiapkan diri anda untuk anugerah akhir tahun dan pertunjukan muzik kelak!

Nota dan makluman : Tulisan dan bacaan selepas ini adalah sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

MBC Drama Recap 2020 on Oh!K

The best 2020 K-dramas put a spotlight on a suspenseful game of survival among those who ‘reset’ their lives in 365: Repeat the Year airing Saturdays at 6pm and an intense thriller that blurs the line between good and evil in The Game: Towards Zero airing Sundays at 6pm.

On-Going MBC Thrillers on Oh!K – Finale Episodes

Also, don’t miss out on the high-tension thrillers in Kairos, new episodes premiering Wednesdays at 7,40pm with the finale on 16 December and Royal FamilyMondays at 7.40pm, with the finale episode on December 28!  Will Kairos’ Im Seo-jin be able to change the past and prevent the kidnapping of his daughter, and will Kim Im-sook and Han Ji-hoon survive their dangerous battle with a powerful chaebol family in Royal Family?

On-Going & New MBC Romances on Oh!K

This December, see sparks fly when two people destined for each other meet in some of MBC’s best romance stories ever told. The chemistry continues to sizzle between Seo Ji-sung and Jung Kook-hee in this AI-themed rom-com, Please Don’t Date Him – watch new episodes Tuesdays at 9.40pm; Bad Love, which airs Tuesdays to Fridays at 9.00pm, features the unconventional love between five men and women; also, catch how a couple overcome big differences in age, social status and life experiences in A Thousand Kisses, weekdays, 11.00pm.

For Christmas specials, fall in love all over again with a marathon of one of Korea’s most beloved K-dramas, Coffee Prince airing Thursdays and Fridays at 12.00pm from Thursday, 24 December.

In a brand-new movie, Trade Your Love premiering on Friday, 25 December on Oh!K, Seong-Suk (Kim Dong-wook) is in line to inherit the family’s airline but there’s a catch – he needs to get married first. Meanwhile, Hae-Joo (Ko Sung-hee) wants to live her life on her terms but is constantly pressured by her mother and three older brothers to get married. When Seong-Suk and Hae-Joo meet on a blind date, they decide to enter into a marriage contract and pretend marriage for three years. It seems like a perfect arrangement but during their wedding preparations, they face unexpected difficulties.

* To note: this information is correct at the time of dissemination. Changes to the timing may occur closer to date of the live broadcasts.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk terus menonton secara langsung dua acara tahunan paling berprestij di MBC hanya di Astro Oh!K Ch 394 ataupun menerusi Astro Go.

 

loading...