Kim Dong Wook rangkul Daesang pertama, “Extraordinary You” dipilih Drama of The Year di MBC Drama Awards 2019

MBC Drama Awards 2019 telah diadakan pada 30 Disember bertempat di MBC Media Center, Seoul. Anugerah gilang gemilang ini baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahun ini, Han Hye Jin dan Kim Sung Joo diberikan tugas untuk mengacarakan majlis ini. MBC Drama Awards adalah satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya.

Nampaknya kali ini Kim Dong Wook yang menerajui drama “Special Labor Inspector, Mr. Jo” dipilih sebagai penerima Daesang. Ini merupakan Daesang pertamanya sejak mula debut pada 2007 menerusi drama “Coffee Prince”.  Kim Dong Wook turut memenangi Top Excellence Award for an Actor in a Monday-Tuesday Special Project Drama. Dia berjaya mempamerkan watak Mr. Jo dan beraksi dengan begitu baik. Selain itu, penulis skrip drama “Special Labor Inspector, Mr. Jo”, Kim Ban Di telah dipilih sebagai Best Writer. Drama ini menceritakan tentang pemeriksa tenaga buruh di Kementerian Tenagakerja dan Buruh yang seringkali berdepan dengan mereka yang menyalah gunakan kuasa dan pekerja bawahan yang ditindas.

Drama pilihan ramai tahun ini jatuh kepada “Extraordinary You” yang banyak mengetengahkan muka-muka baru. Bahkan drama yang bergenrekan fantasi romantis ini mendapat perhatian golongan belia. “Extraordinary You” menceritakan mengenai pelajar disekolah menengah bernama Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) yang mendapati bahawa dia merupakan karakter dalam ‘manhwa’ (komik Korea). Jadi, tidak hairanlah drama ini merangkul anugerah Best New Actor dan Actress menerusi Rowoon SF9, Lee Jae Wook dan Kim Hye Yoon. Pasangan Cha Eun Woo dan Shin Se Kyung pula dipilih sebagai Best Couple menerusi drama “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.

Jom saksikan senarai pemenang 2019 MBC Drama Awards

Daesang (Grand Prize): Kim Dong Wook (“Special Labor Inspector, Mr. Jo”)

Top Excellence Award for an Actress in a Wednesday-Thursday Drama: Shin Se Kyung (“Rookie Historian Goo Hae Ryung”), Han Ji Min (“One Spring Night”)

Top Excellence Award for an Actor in a Wednesday-Thursday Drama: Jung Hae In (“One Spring Night”)

Top Excellence Award for an Actress in a Monday-Tuesday Special Project Drama: Lim Ji Yeon (“Welcome 2 Life”)

Top Excellence Award for an Actor in a Monday-Tuesday Special Project Drama: Kim Dong Wook (“Special Labor Inspector, Mr. Jo”)

Top Excellence Award for an Actress in a Daily Weekend Drama: Ye Ji Won (“Never Twice”)

Top Excellence Award for an Actor in a Daily Weekend Drama: Lee Sang Woo (“Golden Garden”)

Scene Stealer Award: No Min Woo (“Partners for Justice 2”)

Excellence Award for an Actress in a Wednesday-Thursday Drama: Kim Hye Yoon (“Extraordinary You”)

Excellence Award for an Actor in a Wednesday-Thursday Drama: Cha Eun Woo ASTRO (“Rookie Historian Goo Hae Ryung”)

Excellence Award for an Actress in a Monday-Tuesday Special Project Drama: Park Se Young (“Special Labor Inspector, Mr. Jo”)

Excellence Award for an Actor in a Monday-Tuesday Special Project Drama: Oh Man Suk (“Partners for Justice 2”)

Excellence Award for an Actress in a Daily Weekend Drama: Park Se Wan (“Never Twice”)

Excellence Award for an Actor in a Daily Weekend Drama: Ryu Soo Young (“Love in Sadness”)

Viewers’ Choice for Drama of the Year: “Extraordinary You”

Best 1 Minute Couple: Cha Eun Woo, Shin Se Kyung (“Rookie Historian Goo Hae Ryung”)

Best Child Actor Award: Lee Soo Ah (“Partners for Justice 2”)

Best Writer: Kim Ban Di (“Special Labor Inspector, Mr. Jo”)

Best Supporting Actor/Actress in a Wednesday-Thursday Drama: Lee Ji Hoon (“Rookie Historian Goo Hae Ryung”)

Best Supporting Actor/Actress in a Monday-Tuesday Special Project Drama: Oh Dae Hwan (“Special Labor Inspector, Mr. Jo”)

Best Supporting Actor in a Daily Weekend Drama: Jung Si Ah (“Golden Garden”)

Best New Actress: Kim Hye Yoon (“Extraordinary You”)

Best New Actor: Lee Jae Wook and Rowoon SF9 (“Extaordinary You”)

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : Xportnews

Foto dikreditkan seperti tertera

loading...