Disajikan dengan karya hebat pelbagai genre, 12 drama Korea terbaru bakal bersiaran sepanjang Oktober ini

Chinguu, Annyeong!! Seperti biasa, kami kembali lagi dengan listing drama Korea terbaru yang akan ditayangkan sepanjang Oktober 2023 ini untuk tontonan korang. Jadi, jom tambah koleksi drama korang! Agak-agak dah berapa banyak drama Korea tahun 2023 yang dah korang tonton?

Well, ada 12 drama Korea yang terbaru dengan pelbagai genre akan jadi peneman dan hiburan korang. Let’s check it out the list. 

1. The Deal

  • Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2023
  • Penyiar:  Wavve
  • Barisan Pelakon: Yoo Seung Ho, Yoo Soo Bin, Kim Dong Hwi

Berdasarkan webtoon yang memenangi anugerah dengan nama yang sama, “The Deal” mengisahkan tentang tiga bekas rakan sekelas sekolah menengah berusia dua puluhan yang berkumpul untuk minum buat kali pertama dalam masa yang lama. Walau bagaimanapun, keadaan berubah di luar jangkaan apabila dua daripada mereka secara impulsif memutuskan untuk menculik yang lain, dan komplikasi seterusnya membawa mereka bertiga ke laluan yang gelap dan bergelora.

Yoo Seung Ho akan berperanan sebagai Lee Joon Sung, yang merupakan bintang bola sepak yang semakin meningkat semasa zaman sekolah menengahnya, tetapi impiannya telah musnah. Kim Dong Hwi akan memainkan watak Song Jae Hyo, seorang pelajar perubatan yang kehidupannya kelihatan stabil dan bebas masalah. Namun suatu hari dia berdepan konflik yang akhirnya mengubah hidupnya. Yoo Su Bin akan memegang watak Park Min Woo, satu-satunya anak lelaki keluarga kaya, yang akhirnya diculik oleh rakan-rakannya.

2. Strong Girl Nam-soon

  • Tarikh Tayangan: 7 Oktober 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Yoo Mi, Hwang Geum Ju, Ong Seung Wu, Byun Woo Seok

“Strong Girl Nam-soom adalah spin-off daripada drama popular Strong Woman Do Bong-soon (2017). Drama ini mengisahkan salah seorang sepupu jauh Bong-soon, Gang Nam-soon (Lee Yoo-mi), yang mewarisi keupayaan kekuatan super daripada ibunya. Hilang ketika masih kanak-kanak di Mongolia, dia kembali ke Korea untuk mencari keluarganya.

Tidak lama kemudian dia bertemu semula dengan ibunya Hwang Geun-joo (lakonan Kim Jung-eun) dan nenek Gil Joong-gan (Kim Hae-sook), namun mereka terjerat dalam siri jenayah berkaitan dadah di daerah Gangnam. Ong Seung Wu sebagai detektif Gang Hee-sik, yang mula menyiasat keluarga luar biasa itu. Disebalik jenayah itu, Byun Woo Seok akan menggambarkan Ryu Shi Oh, seorang penjahat yang didorong oleh ketamakan yang bercita-cita tinggi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Dugo, sebuah syarikat pengedaran dan jualan.

3. A Good Day to be a Dog

  • Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2023
  • Penyiar:  MBC | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Park Gyu Young, Cha Eun Woo, Lee Hyun Woo

“A Good Day to Be a Dog” ialah adaptasi daripada webtoon Naver dengan nama yang sama. Drama fantasi romantik ini mengisahkan seorang wanita, Han Hae Na (Park Gyu Young), yang mengalami sumpahan aneh yang mengubahnya menjadi anjing apabila dia dicium.

Kunci untuk memecahkan sumpahan itu ialah rakan sekerjanya Jin Seo Won (Cha Eun Woo), ciuman kedua yang akan mengubahnya menjadi manusia. Malangnya, perkara menjadi lebih rumt apabila  dia menyedari bahawa Seo Won sangat takut kepada anjing.

4. My Dearest Part 2

  • Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2023
  • Penyiar:  MBC | ONE TV Asia
  • Barisan Pelakon: Nam Goong Min, Ahn Eun Jin, Lee Hak Joo, Lee Da In, Lee Chung Ah

“My Dearest” ialah sebuah drama percintaan sejarah tentang kekasih yang nasibnya berubah akibat pencerobohan Qing ke atas Joseon. Namgoong Min membawakan watak  Lee Jang Hyun, seorang lelaki yang telah menyatakan bahawa dia tidak akan berkahwin, manakala Ahn Eun Jin memainkan watak Yoo Gil Chae, seorang wanita bangsawan yang bermimpi untuk mencari cintanya semula walaupun selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

Bahagian 2 ‘My Dearest,’ akan fokus kepada perubahan dramatik dalam cerita dan watak ketika Jang Hyun (lakonan Nam Goong Min) dan Gil Chae (lakonan Ahn Eun Jin) mengembara antara era Joseon dan Dinasti Qing selepas perpisahan yang menyayat hati.

5. Evillive

  • Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2023
  • Penyiar:  K-Plus (Setiap Sabtu & Ahad, 10.30 PM MYT di Astro Ch 396 & Astro Go)
  • Barisan Pelakon: Shin Ha Kyun, Kim Young Kwang, Shin Jae Ha

EVILIVE menceritakan tentang transformsi seorang peguam miskin menjadi penjahat elit. Han Dong-soo, seorang peguam yang bergelut dengan keadaan kewangannya yang mengambil kes dengan melawat banduan secara rawak. Adik tirinya Han Beom-jae (Shin Jae-ha), yang bekerja sebagai jurujual komputer terpakai, juga bertindak sebagai broker kes bagi pihaknya dengan membantunya mencari pelanggan.

Biarpun kebiasaannya dia bersikap rasional, Dong-soo mula menemui sisi gelapnya sendiri selepas terlibat dengan bekas pemain besbol Seo Do-young (Kim Young-kwang), yang juga ketua kedua sebuah organisasi jenayah besar-besaran. Walaupun penampilannya yang kacak, dia mempunyai sisi yang kejam dan tidak terjangka yang mana ia kemudian mencetuskan kegilaan Dong-soo sendiri.

6. Doona!

  • Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Suzy, Yang Se Jong

Berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama, Doona! berkisarkan tentang watak utamanya (lakonan Bae Suzy), seorang idol K-pop yang dikasihi dan ahli paling popular dalam kumpulannya. Selepas secara tiba-tiba dia mengumumkan persaraannya dari dunia hiburan, dia berpindah ke rumah kongsi berhampiran universiti, dan menjalani kehidupan yang tenang.

Sementara itu, pelajar universiti yang mesra Lee Won-joon (Yang Se-jong) mula tinggal di rumah kongsi tersebut dan menjadi rakan serumah Doo-na. Walaupun seorang lelaki muda biasa, Doo-na mula bergantung kepadanya untuk sokongan emosi, dan pasangan itu mula mencambahkan perasaan antara satu sama lain.

7. Third Marriage

  • Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2023 (Drama panjang)
  • Penyiar:  MBC
  • Barisan Pelakon: Oh Seung Ah, Yoon Sun Woo, Moon Ji Hoo, Oh Se Young

“Third Marriage” yang mengetengahkan genre melodrama ialah drama berkisarkan tentang perkahwinan, balas dendam, dan cinta yang mekar di tengah-tengah permainan yang penuh gelora dalam mengungkap kebenaran antara dua wanita: seorang yang menjalani kehidupan yang palsu dan seorang lagi berjuang untuk membongkar kebenaran dan menghukum mereka yang telah menzaliminya.

8. High Cookie

  • Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2023
  • Penyiar: U+mobiletv
  • Barisan Pelakon: Nam Ji Hyun, Jung Da Bin, Choi Min Young, Kim Moo Yeol

“High Cookie” mengisahkan kehidupan di sekolah menengah elit di mana mereka di sana termakan biskut (cookie) buatan tangan yang berbahaya yang menjadikan impian orang ramai menjadi kenyataan dengan hanya satu gigitan.

Nam Ji Hyun akan memegang watak Choi Soo Young, yang memulakan kerja sambilan di sebuah kilang untuk membesarkan adik perempuannya Choi Min Young (Jung Da Bin) dan secara sukarela melompat ke dalam paya yang dicipta oleh cookie tersebut untuk menyelamatkan adiknya.

Turut membintangi drama ini adalah Choi Hyun Wook sebagai Seo Ho Soo, seorang genius yang mengekalkan gred tertinggi di Sekolah Tinggi Jeonghan, sekolah menengah swasta terbaik di Korea. Manakala Kim Moo Yeol akan membawakan watak Yoo Sung Pil, perunding terbaik untuk kemasukan universiti yang melakukan segala yang dia mampu untuk membantu pelajarnya memasuki universiti yang mereka inginkan.

9. Moon in the Day

  • Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2023
  • Penyiar:  ENA | Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Young Dae, Pyo Ye Jin, On Joo Wan, Jung Woong In

Satu lagi adaptasi webtoon, “Moon in the Day” adalah satu lagi adaptasi webtoon mengenai siri percintaan fantasi tentang semangat pendendam Do Ha, seorang bangsawan dinasti Silla yang dibunuh oleh isteri tercinta. Selepas kemalangan kereta pada masa kini semasa penggambaran iklan, Do Ha memiliki tubuh Han Joon-oh (Kim Young-dae), seorang bintang terkemuka dengan kompleks rendah diri.

Joon-oh hanya berjaya bertahan dalam kemalangan itu apabila pelakon bersamanya pada hari itu, anggota bomba Kang Young-hwa (Pyo Ye-jin) menyelamatkannya dan kemudian mula bekerja sebagai pengawal peribadinya. Bagaimanapun, dia menjadi sasaran balas dendam Do Ha kerana Joon Oh mendapati dia adalah penjelmaan semula isteri bangsawan itu, Han Ri-ta.

10. Castaway Diva

  • Tarikh Tayangan: 28 Oktober 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Park Eun Bin,

“Castaway Diva” adalah drama bertemakan komedi romantik tentang seorang gadis yang hanyut ke sebuah pulau terpencil semasa dalam perjalanan ke Seoul untuk uji bakat menjadi penyanyi.

Park Eun-bin sebagai Seo Mok-ha, seorang gadis yang bercita-cita menjadi penyanyi. Selepas mendapat tawaran uji bakat di sekolah menengah, dia pergi ke Seoul tetapi akhirnya terkandas di pulau terpencil.

15 tahun kemudian, Mok-ha ditemui dengan selamat, dan diselamatkan daripada kehidupan bersendirian di pulau itu. Mengekalkan pemikiran positif sambil cuba menyesuaikan diri dengan ketidakbiasaan dunia biasa, Mok-ha terus mengejar impiannya untuk menjadi seorang diva.

11. Perfect Marriage Revenge

  • Tarikh Tayangan: 28 Oktober 2023
  • Penyiar:  MBN , K-Plus
  • Barisan Pelakon: Sung Hoon, Jung Yoo Min, Jin Ji-hee,

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Perfect Marriage Revenge” mengikuti kisah Han Ye-jo (Jung Yoo Min), seorang wanita yang melangsungkan perkahwinan kontrak dengan seorang lelaki bernama Seo Do-kook (Sung Hoon) untuk membalas dendam pada suami sebenarnya..

Terdahulu, Han Ye-jo mendapati suaminya telah jatuh cinta dengan kakaknya, Yoo-ra (Jin Ji-hee). Tidak lama selepas kejadian yang membuatkan hatinya luka, Ye-jo meninggal dunia dalam kemalangan kereta yang tragis.

Walau bagaimanapun, Ye-jo bangun dan menyedari bahawa dia telah kembali beberapa tahun ke belakang, lalu memutuskan untuk membalas dendam terhadap kakak dan suaminya. Dia kemudian melangsungkan perkahwinan kontrak dengan Seo Do-kook, yakni  seseorang yang Yoo-ra berharap untuk berkahwin. Walaupun Do-kook pada mulanya bersetuju dengan perjanjian tersebut (untuk membantu Ye-jo dan untuk memanfaatkan dirinya dalam pertempuran menjadi pewaris keluarga), namun tanpa disedari dia mendapati dirinya mengharapkan percintaan yang sebenar.

12. The Matchmaker

  • Tarikh Tayangan: 30 September 2023
  • Penyiar:  KBS | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Rowoon, Cho Yi-hyun

“The Matchmaker” ialah drama percintaan sejarah yang berlatarkan Dinasti Joseon. Ia berkisarkan tentang kehidupan Shim Jung-woo (Rowoon), seorang cendekiawan genius yang berubah secara drastik selepas kematian kekasihnya, sang puteri.

Kini Jung-woo tidak dapat lagi menjawat jawatan dalam kerajaan dan kemudian bertemu dengan Jung Soon-deok (lakonan Cho Yi-hyun). Soon -deok adalah seorang janda yang menjalani kehidupan rahsia sebagai Yeo-joo, seorang pencari jodoh dan penjaja popular di ibu kota Hanyang. Bersama-sama, pasangan itu cuba menjodohkan wanita muda dengan lelaki bujang dan mula mengembangkan percintaan mereka sendiri.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...