Taeyeon SNSD & Ravi VIXX dilaporkan sedang dilamun cinta, agensi pula nafikan

Image may contain: 2 people, people standing

Ravi VIXX dan Taeyeon SNSD dilaporkan sedang dilamun cinta, menurut satu laman portal gosip, Joynews.

Berdasarkan laporan itu, Ravi VIXX dan Taeyeon SNSD dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta itu selama setahun. Mereka dipertemukan bersama menerusi kenalan dan dilihat berjalan-jalan ke suatu lokasi pada hari Christmas baru-baru ini. Taeyeon dipimpin oleh Ravi keluar dari rumahnya bertempat di Seongsu-dong sebelum menuju ke rumah lelaki itu yang berada di Seonleung.

Ravi dan Taeyeon pernah muncul bersama-sama di dalam rancangan realiti tv dihoskan oleh Ravi sendiri iaitu , Question Mark, malah menjadi artis undangan di dalam tvN ‘Doremi Market’ yang dianggotai oleh Taeyeon pada 28 November lalu. Taeyeon juga meletakkan tanda suka pada gambar anjing yang dikondong oleh Ravi dalam satu hantaran dibuat di dalam instagram sebelum ini.

Bagaimanapun, SM Entertainment dan GROOVL1N menafikan mereka bercinta. “Mereka kawan rapat yang bekerjasama di dalam muzik bersama. Mereka tak pernah bercinta pun,” kata SM Entertainment. Manakala agensi Ravi, GROOVL1N, juga turut menyangkal dakwaan tersebut dengan berkata, “Ini kali pertama kami dengar berita hubungan sebegitu.”

Baekhyun EXO dan Taeyeon SNSD pernah digosipkan bercinta sebelum ini, namun hubungan tersebut tidak berkekalan lama apabila mampu bertahan selama setahun saja.

Sumber: joynews

loading...