Enhypen menutup tirai tahun 2020 dengan jualan ‘debut’ terlaris pada tahun 2020.
Album sulung Enhypen, ‘Border: Day One’ telah memungut jualan sebanyak 312,528 unit menurut Gaon berdasarkan catatan sepanjang bulan November lalu selain jualan sebanyak 280,873 unit di dalam tempoh seminggu saja menurut Hanteo.
‘”Border: Day One’ oleh Enhypen kini di hadapan ‘The First Step : Chapter One’ oleh Treasure , ‘Hideout : S1’ oleh Cravity, ‘Boyager’ oleh DRIPPIN, ‘Identity First Sight’ oleh Wei dan ‘Earth Day’ oleh MCND dengan masing-masing sebanyak 160,614 unit, 53,160 unit, 30,956 unit, 24,000 unit dan 22,220 unit diraih di dalam seminggu, menjadikan Enhypen kumpulan kpop dengan album ‘debut’ terlaris pada tahun 2020.
Bagaimanapun, untuk catatan jualan album ‘debut’ paling banyak diraih di dalam seminggu sepanjang zaman pula, ianya masih disandang oleh X1 dengan ‘Quantum Leap’ meraih jualan sebanyak 524,007 unit dalam masa seminggu. Jualan album ‘Border: Day One’ juga belum cukup menidakkan pengaruh album “Resonance Pt. 2” oleh NCT untuk dinobatkan album terlaris pada minggu ini yang bertarikh 10 Disember 2020 setelah NCT kembali menjuarai carta mingguan album Gaon itu sebaik saja single ’90’s Love’ dipromosikan. Apapun, ia pencapaian yang agak besar buat Enhypen yang sudah pun memulakan rentak kegemilangannya baru seminggu saja debut.
Enhypen akan menemui peminat di dalam konsert buat pertama kali apabila disenaraikan bersama di dalam siri konsert anjuran Big Hit pada 31 Disember 2020 nanti.
Sumber: gaon, hanteo