Penyanyi Rap Korea, Iron ditahan selepas melibas punggung rakan serumahnya dengan kayu besbol

Penyanyi rap Iron atau nama sebenarnya Jung Hun-cheol (28 tahun) ditahan polis hari ini kerana memukul kawan serumahnya dengan kayu besbol.

Aduan tersebut dibuat oleh kawan serumahnya, A yang mendakwa Iron telah membantainya dengan kayu besbol berulang-ulang kali. Iron telah melibas punggungnya dengan kayu besbol sebanyak 50 kali kerana A tidak mahu mengaku di atas tuduhan dibuat oleh Iron kepadanya.

A yang merupakan pelajar sekolah berusia 18 tahun tinggal bersama Iron untuk mendalami ilmu muzik setelah mengenalinya sejak dua tahun lalu. Polis yang menerima aduan A itu terus menahan Iron di atas kesalahan melakukan kecederaan kepada minor disebabkan sejarah kelakuan jenayah Iron sebelum ini.

Hal ini kerana Iron pernah berhadapan beberapa kes polis apabila pernah dijatuhkan hukuman pergantungan 2 tahun kerana didapati menghisap ganja. Malah, penyanyi itu juga dikatakan tidak pernah serik apabila pernah mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya sehingga dijatuhkan hukuman pergantungan selama 2 tahun dan 80 jam berkhidmat dengan komuniti.

Iron turut mengakui pernah menikam kawan sekolahnya dengan pisau suatu masa dulu sebagai balasan kerana dibuli olehnya walaupun kes itu tidak diperpanjangkan oleh pihak polis.

Sumber: tv chosun

loading...