Undang-undang diluluskan bagi membolehkan BTS menangguhkan khidmat ketenteraan sehingga berusia 30 tahun

Parlimen Korea meluluskan undang-undang bagi membolehkan mana-mana artis atau karyawan yang berjaya di dalam kerjaya masing-masing, dapat menangguhkan khidmat ketenteraan sehingga berusia 30 tahun.

Undang-undang yang dinamakan sebagai ‘Pindaan khidmat ketenteraan BTS’itu diluluskan dengan 253-2 dan hanya 13 orang saja berkecuali. Ia membolehkan sesiapa saja artis atau karyawan yang menerima syor daripada Kementerian Sukan dan Budaya di atas pencapaian mereka agar dapat menangguhkan khidmat ketenteraan sehingga berusia 30 tahun saja.

BTS dalam masa yang sama turut mengulas tentang pendirian mereka tentang kewajipan untuk menyertai latihan ketenteraan. Mengikut perancangan awal, Kim Seok Jin akan menjalani khidmat ketenteraan selewat-lewatnya penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan kerana usianya akan mencecah 28 tahun ketika itu. Bagaimanapun, dengan berkuatkuasanya undang-undang ini, Kim Seok Jin mampu menangguhkannya sehingga tahun 2022.

“Sebaik anak muda, berkhidmat dengan ketenteraan selalu jadi masalah negara. Jika ada panggilan untuk berkhidmat, saya akan bertindak balas dengan segera. Saya akan lakukannya tanpa lengah,” tegas Kim Seok Jin dalam sidang media pelancaran album BE sebentar tadi.

Sumber: OSEN

loading...