Kim Seok Jin BTS kongsikan tip untuk berjaya, “Jangan pedulikan sangat komen ‘haters’, dan terus maju ke hadapan”

Di dalam temubual bersama wakil Grammy, “Grammy Museum: Mini Master Class” hari ini 2 Disember 2020, BTS disoal tentang tip-tip yang boleh dikongsikan untuk pelajar-pelajar mengaplikasikannya dalam seni pembuatan muzik.

Kim Nam Joon menyarankan supaya cuba berbagai-bagai cara untuk memperolehi pengalaman sebanyak yang mungkin manakala Kim Seok Jin pula lebih menumpukan pada soal kritikan orang kepada hasil kerja mereka.

“Ini bukan tip penting, tapi saya nasihatkan supaya jangan pedulikan sangat komen berlegar-legar di internet. Orang boleh kritik kita macam-macam. Mungkin kerana cemburu, tak pun mereka punyai pendapat berbeda daripada kita. Tapi, kita akan kehilangan semuanya apa yang mahu dibuat kerana cuba hendak memuaskan hati mereka,” kata Kim Seok Jin.

Suga, Jimin,  JHope dan Taehyung turut melontarkan pendapat mereka masing-masing berkenaan tip-tip untuk berjaya.

Setelah tercalon di dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk Grammy Award buat pertama kali di dalam sejarah industri pop Korea, BTS kini menjadi inspirasi buat pengkarya-pengkarya muzik di seluruh dunia untuk mencapai tujuan yang sama.

Sumber: Grammy Museum

loading...