Akhirnya penantian kumpulan ENHYPEN terbayar. Apa yang diimpikan kini telah jadi kenyataan. Bintang kelahiran program realiti ‘I-Land’ yang kini bernaung di bawah BeLift secara rasminya debut pada 30 November 2020 dengan mini album sulung mereka ‘Border : Day 1’ dengan menjadikan track lagu kedua ” Given-Taken” sebagai title track.
ENHYPEN dianggotai oleh 7 anak muda yang diketuai oleh Jungwon (Yang Jung Won), Heeseung (Lee Heeseung), Jay (Jay Park) , Jake (Jake Sim), Sunghoon (Park Sunghoon), Sunoo (Kim Sunoo), dan juga Ni-Ki (Nishimura Riki).
ENYHPEN seringkali mendapat sambutan yang luar biasa daripada para peminat mereka biarpun belum lagi debut. Mungkin disebabkan mereka seringkali berinteraksi dengan peminat serta kerap berkongsi aktiviti seharian dikesemua akaun media sosial menjadikan mereka begitu rapat dengan peminat ataupun dikenali sebagai ENGENEs. Tambahan hampir kesemua peminat telah mengikuti mereka sejak dari program ‘I-Land’ lagi. Bernaung di bawah bumbung yang sama meskipun berbeza warna rumah seperti BTS, TXT, Nu’est, dan Seventeen membuatkan mereka lebih dikenali.
Pada 30 November, sebentar tadi telah berlangsung sidang media secara atas talian sempena debut mereka ENHYPEN BORDER: DAY ONE. Mereka turut mempersembahkan dua buah lagu iaitu ‘Given-Taken’ dan juga ‘Let Me In (20 Cube)’. Turut hadir ke sidang media adalah CEO BigHit Entertainment, Bang Shi Hyuk. Berikut merupakan antara intipati sidang media tersebut:
- Ni-Ki menyatakan rasa terima kasihnya kepada peminat yang telah menyokongnya bermula dari rancangan ‘I-Land’ sehinggalah saat mereka akan debut. Dengan sokongan dan kasih sayang dari peminat dia dapat mempersiapkan diri bersama ahli lain untuk debut, biarpun dalam keadaan yang sukar.
- Heeseung menyatakan mengenai pemilihan ketua kumpulan. Dalam tempoh 40 hari selepas terpilih menganggotai ENHYPEN, mereka telah menyertai beberapa ujian serta temu ramah sehingga ahli yang lain menganggapnya dan Jungwon sebagai calon terakhir. Heeseung bagaimanapun sedia mengambil gelaran ‘abang sulung’ atau ‘ahli yang dapat membantu dan menolong pasukan’. Oleh yang demikian, kesemua ahli sebulat suara memilih Jungwon sebagai ketua kumpulan (leader)
- Heeseung juga turut memberitahu, kata kunci kepada album sulung mereka “Border : Day One” adalah perkataan ‘border’. Sekumpulan lelaki yang berada disempadan dunia yang berbeza. Bermula daripada pelatih kepada seorang idol, kini kami telah melangkah ke satu dunia yang baru. Dah tentu kami berhadapan dengan emosi yang kompleks dalam menyeberangi sempadan itu.
- Title track mereka “Given-Taken” adalah sebuah lagu yang disuntik dengan elemen tenaga gelap tapi cukup bertenga dengan menampilkan genre pop dan hip hop. Tajuk lagu tersebut merujuk kepada saat mereka di ‘I-Land’ dan debut ini membuatkan mereka tertanya-tanya samada
- Bang Shi Hyuk turut memberikan nasihat kepada ENHYPEN dengan berkata,” Jadilah pemuzik yang gembira. Ini adalah nasihat yang paling berkesan kerana bila anda semua bersama, sebagai artis, anda akan rasa nikmat gembira itu.”
- Jungwon memberitahu, “Sehari selepas kami sah menyertai ENHYPEN, kakitangan agensi telah mengadakan parti kejutan di mana produser Bang Si Hyuk turut hadir meraikannya. Dia mengatakan kepada kami, “Tidak ada artis K-pop yang tidak memiliki peminat.” Setelah mendengarnya, kami memutuskan untuk menjadi idola tercinta yang dapat membalas kasih sayang dan cinta para peminat.
- Sunghoon berkata, “ENHYPEN boleh berada di sini hari ini adalah kerana sokongan peminat global. Jadi kami rasa gembira bila orang ramai menggelar kami ‘global, fan-made group‘.”
- Jake pula berharap agar mereka dapat menjadi kumpulan idola seperti kumpulan-kumpulan yang sedia ada. Dia juga ingin ENHYPEN dikenali sebagai fenomena baru idol generasi ke-4.
- Jay berkta, “Saya masih tidak percaya bahawa kami sedang melakukan debut, kami tidak mampu untuk merealisasikannya tanpa sokongan peminat. Biarpun, berdepan dengan sedikit tekanan, tetapi kami tetap pisotof dan beersemangat kerana memikirkan ENGENE yang berterusan menyokong kami. Bilamana saya rasa tertekan, saya seringkali fikir akan peminat yang selalu menantikan kami. “
- Seorang wartawan bertanya mengenai jumlah tontotan yang rendah untuk rancangan ‘I-Land’ dan apakah itu mempengaruhi mereka. Jungwon mengatakan mereka tidak menyedari akan hal itu (rating tontonan) semasa penggambaran, tetapi tetap merasakan kasih sayang dari peminat global dan itu tidak menjadi tekanan pada mereka
- Sunoo ditanya tentang mengapa mereka seringkali mempunyai ‘strong social-media presence’. Dia memberitahu,”Kami ingin berkongsi dengan para peminat mengenai bagaimana kami mempersiapkan diri untuk projek debut dan ingin sentiasa berkomunikasi dengan mereka menjelang debut kami. Kami ingin sentiasa bersikap ikhlas dengan para peminat.”
- MC bertanya, siapakah di antara ENHYPEN yang mempunyai visual yang paling menarik. Sunghoon menjawab, “Saya rasa ketujuh-tujuh kami mempunyai kualiti visual yang sama. Ketika kami melakukan sesi bergambar,dan melihat hasilnya, kami beranggapan kesemuanya berpotensi untuk menjadi visual kepada ENHYPEN
- “Kami banyak mendengar muzik dan menonton persembahan BTS ketika kami ingin mencapai impian kami untuk bergelar artis dan idol. Selain itu, kami ingin belajar dari mereka tentang corak pemikiran sebagaimana yang kami perlukan sebagai artis. Sama seperti mereka, saya harap ENHYPEN dapat memberitahu dunia tentang kpop,” Jay
- Saat ditanya mengenai matlamat mereka tahun ini, Jake berkata,”Kami ingin memenangi ‘Rookie of the year’ kerana kami telah berusaha keras untuk merealisasikan debut ini.” Heeseung juga melahirkan rasa gembira dan teruja untuk persembahan kumpulan yang akan datang di konsert akhir tahun Big Hit pada 31 Disember.
- Jungwon memetik perbezaan kumpulan itu dalam menceritakan kisah mereka melalui muzik, dan berkata, “Kerana album ini hanya dapat dilakukan oleh kami yang telah bertahan dan akhirnya membentuk ENHYPEN , saya rasa ia dapat menyentuh perasaan ramai. Kami harap anda boleh mengaitkan ‘Border : Day One’ dengan muzik dan kehidupan kami.”
- Pesanan terakhir ENHYPEN untuk peminat mereka. Jungwon berkata, “Saat kami akan debut ini, ramai pihak seperti peminat, para media menunjukkan minat mereka terhadap kami. Jadi, kami tidak akan melupakan momen-momen ini. Kami juga tidak akan melupakan kebanggaan kami sebagai ENHYPEN.”
- Kesemua mereka tidak sabar untuk bertemu dengan peminat menerusi konsert secara offline, fan meeting, sessi tandatangan selepas virus ini menghilang. Memandangkan dunia masih lagi diancam Covid-19, mereka akan bertemu peminat menerusi atas talian.
Terdahulu mini album sulung mereka “Border : Day One” yang telah melangkaui 300,000 unit pra-tempahan dalam tempoh 21 hari selepas tempahan dibuka dibeberapa negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, dan Indonesia, selain Korea. Ini membuatkan debut mereka sangat dinantikan dan ramai yang ingin melihat kemampuan sebenar mereka.
Terbaru, kumpulan ini akan membuat persembahan di MAMA Awards 2020 (Mnet Music Awards) pada 6 Disember ini yang akan bersiaran secara langsung di tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211. Pasti ramai yang akan menantikan persembahan sulung mereka secara umum. Muzik video penuh “Given-Taken” baru saja diriliskan.
Jom saksikan MV yang sarat dengan cerita perjalanan mereka.
ENHYPEN akan meraikan debut mereka bersama peminat pada jam 7 PM MYR menerusi ‘ENHYPEN DEBUT SHOW: DAY ONE,’ di mana mereka akan mempersembahkan “Given-Taken” buat pertama kalinya. Rancangan ini akan disiarkan menerusi YouTube channel Mnet K-POP dan Big Hit Labels untuk peminat global, serta Abema dan Mnet Japan untuk peminat mereka di Jepun. .Jika anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai ENHYPEN, anda boleh ikuti mereka di akaun rasmi media sosial seperti di bawah :
Twitter: @ENHYPEN / @ENHYPEN_members / @ENHYPEN Official Japan
Instagram: @enhypen
Facebook: @officialENHYPEN
YouTube: ENHYPEN
V-Live: ENHYPEN
TikTok: @enhypen
Weverse: ENHYPEN
Weibo: ENHYPEN 官方微博
Buat peminat Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk turut serta ikuti kelab peminat ENHYPEN tempatan di Twitter. Pelbagai aktiviti menarik disediakan, selain perkongsian informasi dan dapat mengeratkan silaturahim sesama ENGENE.
ENHYPEN Malaysia
Heeseung Malaysia
Jay Malaysia
Jake Sim Malaysia
Sunghoon Malaysia
Sunoo Malaysia
Jungwon Malaysia
Ni-ki Malaysia
Teruskan menyokong ENHYPEN.
Sumber : Jeff Benjamin | Kpop Herald | Naver