Park Seo Jeon, Youtuber merangkap pelakon Korea pertama berjaya cecah 1 juta orang ‘subscribers’

Park Seo Joon telah diberikan pengiktirafan ‘YouTube Gold Creator Awards’ oleh pihak Youtube selepas berjaya meraih bilangan ‘subscribers’ (langganan) mencecah 1 juta orang, sekaligus menobatkan dirinya sebagai pelakon Korea pertama berjaya berbuat demikian.

Park Seo Joon berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Youtube kendaliannya pada 1 Jun 2020 semalam. Menghargai jasa baik peminat daripada berbagai-bagai kelompok di serata dunia, Park Seo Joon berkata, “Staf-staf di sinilah yang telah bersengkang mata bagi mengubahsuai video saya supaya dapat ditonton.”

Satu sumber mendakwa seseorang Youtuber dengan bilangan langganan 1 juta orang mampu memperolehi pendapatan sehingga USD$57,200 (~RM246,789) setahun, bergantung pada sasaran demografinya.

Pelakon drama jtbc Itaewon Class itu sedang membintangi filem terbaru bersama Lee Byung Hun berjudul ‘Dream’.

Sumber: sport chosun

loading...