Netizen jeles tengok Yeri Red Velvet & Key SHINEE bermesra macam adik-beradik

Yeri Red Velvet memuatnaik gambarnya bermesra dengan Key SHINEE.

Yeri meletakkan kapsyen di bawahnya sambil berkata, “Siapa hari ini mahu jadi pengubat herba Yeri?”.

Ikatan persahabatan Yeri Red Velvet dan Key SHINEE diakui kuat serupa macam adik-beradik walaupun usia mereka dibezakan 8 tahun. Malah, Yeri pernah mengunjungi Key SHINEE ketika penyanyi itu sedang menjalani khidmat ketenteraan dahulu.

Segelintir netizen suka dengan hubungan kimia yang ditunjukkan manakala sebilangan kecil pula berasa agak cemburu melihat kemesraan tersebut.

Key SHINEE akan menjadi tetamu undangan untuk siaran Youtube ‘Dumdom Studio’ yang diuruskan oleh Yeri Red Velvet. Rancangan tersebut bersiaran di Youtube setiap hari Isnin dan Rabu, jam 10 pagi.

Sumber: IS Plus

loading...